Genting potong gaji lagi? - Utusan Malaysia

Genting potong gaji lagi?

SEKTOR pelancongan negara terjejas teruk apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi mengawal penularan pandemik Covid-19. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat kasino dan hospitaliti, Genting Malaysia Berhad akan melaksanakan satu lagi pusingan pemotongan gaji bagi meringankan bebanan ditanggung syarikat itu di­sebabkan pandemik Covid-19.

Menurut pekeliling dalaman bertarikh 1 Mac yang dilihat Bloomberg News, syarikat itu meminta persetujuan sebahagian pekerjanya untuk pemotongan 15 hingga 20 peratus gaji pokok berdasarkan pangkat.

Sebahagian pekerja turut diminta mengambil cuti tanpa gaji seminggu sekali.

Menurut pekeliling itu, pemotongan itu akan berkuat kuasa sehingga Mei dan pengurusan kanan syarikat itu telah secara sukarela bersetuju dengan pemotongan 20 peratus daripada gaji mereka dalam tempoh yang sama.

Dalam pekeliling itu, Presiden, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Eksekutif Genting Malaysia, Lee Choong Yan berkata, mereka perlu mengawal kos asas Resort World Genting bagi memastikan kelangsungan perniagaannya dan untuk melindungi sebanyak mungkin pekerjaan.

Pemotongan tersebut adalah yang kedua dilakukan syarikat itu sejak pandemik bermula.

Pemotongan kali pertama dilakukan pada April lalu apabila Covid-19 dan kawalan pergerakan yang dilaksanakan dalam negara memberi kesan kepada operasi kasino, kapal layar serta resortnya.
Menurut Bloomberg, wakil Genting Malaysia tidak memberikan respons segera berkenaan perkara tersebut.

Syarikat itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM2.26 bilion untuk tahun kewangan 2020 dengan jumlah hasilnya berkurang 56 peratus kepada RM4.53 bilion.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kerugiannya sebahagian besar disebabkan gangguan dalam operasi global sepanjang tahun tersebut akibat pandemik Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya