Etika rangkul Anugerah Jenama Majikan Terbaik Global - Utusan Malaysia

Etika rangkul Anugerah Jenama Majikan Terbaik Global

KHALID Alvi bersama anugera Majikan Terbaik Global 2021 yang dimenangi oleh Kumpulan Etika.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Etika (Etika) sekali lagi merangkul Anugerah Jenama Majikan Terbaik Global 2021, sekali gus mempertahankan anugerah yang telah dimenanginya tahun lalu.

Anugerah itu diumumkan dalam Majlis Anugerah Jenama Majikan ke-15 yang diadakan di Mumbai dan disiarkan secara maya, semalam.

Dengan tiga tahun dianugerahkan Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia dari 2018-2020, Kumpulan berhasrat untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi dengan mencapai kejayaan yang sama pada skala global.

Dianjurkan oleh World HRD Congress, badan penganugerahan mengiktiraf Kumpulan Etika sebagai satu daripada pemenang Anugerah Jenama Majikan Terbaik Global untuk kategori anugerah Strategi Sumber Manusia Terbaik Sejajar dengan Perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Etika Malaysia, Singapura dan Brunei, Khalid Alvi berkata, matlamat Kumpulan adalah untuk mengembangkan rangkaian pekerja yang tangkas seterusnya mencapai organisasi yang sangat kolaboratif untuk tenaga kerja zaman baharu.

“Di sebalik kesukaran yang ditempuh pada tahun sebelumnya, kami bersyukur telah berjaya tahun ini. Etika secara konsisten berusaha untuk menyokong, memberi inspirasi dan meningkatkan pekerja kami untuk berjaya secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Etika Group merangkul anugerah tersebut kerana mampu mempertahankan keberhasilan strategi sumber manusia ‘people-first’ dalam mencapai objektif ekonomi, operasi dan perniagaan sesuai dengan tujuan organisasi menuju tenaga kerja yang siap untuk masa depan dalam era pasca-wabak Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya