Cuaca panas, permintaan elektrik puncak meningkat - Utusan Malaysia

Cuaca panas, permintaan elektrik puncak meningkat

Penetapan suhu dan masa pendingin hawa mampu menjimatkan penggunaan elektrik. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Taburan hujan yang agak rendah sejak Februari lau, diikuti gelombang haba, telah melonjakkan permintaan elektrik puncak bagi Semenanjung Malaysia kepada 18,035 megawatt (MW) pada 2 Mac lalu.

Permintaan itu lebih tinggi berbanding 17,501MW pada Februari dan 16,585MW pada Januari lalu, kata Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan.

Menurut TNB, permintaan puncak tertinggi direkodkan 18,808MW pada 10 Mac lalu, lapan hari sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, permintaan yang tinggi itu dicapai ketika ekonomi negara masih dalam fasa pemulihan ketika PKP dan PKP Bersyarat (PKPB).

Jelasnya, cuaca panas dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac dengan Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran gelombang haba tahap berjaga-jaga dengan suhu antara 35 hingga 37 darjah celsius di Chuping, Perlis; Kota Setar, Kedah; Alor Gajah, Melaka dan Tangkak, Johor.

“Permintaan elektik yang tinggi itu antara lain didorong oleh penggunaan penyaman udara yang lebih kerap dan tempoh panjang. Selain itu, kompresor sistem penyejuk pada sebarang perkakas elektrik terpaksa bekerja lebih kuat dan perlu menggunakan tenaga dengan lebih banyak bagi mengekalkan paras suhu sejuk ketika cuaca panas,” katanya dalam kenyataan.

Jelas TNB, penggunaan elektrik dapat dijimatkan jika penggunaan penyaman udara dioptimumkan dengan menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah celsius dan menutup tingkap dengan langsir tebal supaya haba tidak masuk seterusnya membebankan pendingin hawa pada siang hari.

Selain itu, penjimatan juga dapat dinikmati menerusi pemasa untuk menutup penyaman udara pada awal pagi dari pukul 2 pagi ke atas dan memasang kipas untuk mengekalkan suhu sejuk serta pengedaran udara dalam bilik.

“Senggaraan penyaman udara secara berkala pula dapat memastikan ia berfungsi dengan lebih efisien dan menjimatkan. Selain itu, elakkan membuka pintu peti sejuk dengan kerap dan untuk tempoh yang lama,” nasihat syarikat tenaga itu.

TNB turut menasihatkan pengguna yang mahu membeli peralatan elektik baharu memilih perkakas berpandukan label kecekapan tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

“Peralatan berlabel cekap tenaga empat atau lima bintang lebih menjimatkan penggunaan elektrik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya