Covid-19 percepat pendigitalan industri insurans - Utusan Malaysia

Covid-19 percepat pendigitalan industri insurans

Pandemik Covid-19 memberi impak kepada perkembangan industri insurans tempatan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pandemik Covid-19 secara signifikan telah mempercepat proses pendigitalan industri insurans dan teknologi itu telah membantu industri untuk kekal terhubung dengan pelanggan, ejen serta pekerjanya.

Malaysian Reinsurance Berhad (Malaysian Re) melalui penerbitannya, Sorotan Insurans Malaysia (MIH) 2020 mendedahkan, syarikat insurans mendapat manfaat daripada transformasi digital, khususnya dalam segmen peribadi.

Ia berikutan pengguna semakin terbiasa dengan pembelian dan menjalankan urusan melalui saluran, pelantar atau ekosistem dalam talian.

“Penerbitan itu turut me­negaskan bahawa tindak balas pantas industri insurans kepada Covid-19 telah meningkatkan reputasi industri tersebut walaupun menerima impak penurunan permintaan untuk produk insurans khususnya motor, pelancongan dan kemalangan peribadi,” kata Malaysia RE dalam kenyataan di sini.

Menurut penerbitan tersebut, pelancongan, pembuatan dan peruncitan motor berasaskan penggunaan merupakan sektor yang paling teruk terkesan akibat pandemik Covid-19.

Laporan itu turut mendedahkan, industri getah dan e-dagang merupakan sektor yang paling mendapat manfaat daripada pandemik yang kini sudah lebih setahun menghantui dunia.

MIH 2020 dilancarkan pada 26 Februari lalu melalui acara maya yang dihadiri hampir 300 individu daripada industri insurans tempatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Re, Zainudin Ishak berkata, Covid-19 membawa impak yang tidak berteladan kepada ekonomi Malaysia dan pasaran insu­ransnya.

“Kami mengambil inisiatif untuk melihat lebih mendalam implikasi pandemik ini terhadap industri insurans tempatan dan mengumpulkan data serta analisis yang relevan untuk dimanfaatkan rakan kami dalam industri.

“Kami berharap MIH 2020 akan merancakkan lagi perbincangan dalam industri berkenaan usaha membina semula (industri) selepas Covid-19. Untuk 2020, penerbitan itu mengkaji impak pandemik Covid-19 terhadap ekonomi Malaysia dan pasaran insuransnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya