Boustead Plantations umum 4 lantikan Lembaga Pengarah baharu - Utusan Malaysia

Boustead Plantations umum 4 lantikan Lembaga Pengarah baharu

IZADDEEN DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Boustead Plantations Berhad mengumumkan empat lantikan baharu dalam Lembaga Pengarahnya.

Lantikan tersebut melibatkan Izaddeen Daud, Fahmy Ismail dan Ahmad Shahredzuan Mohd. Shariff Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas serta Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas.

Pengerusi Boustead Plantations, Datuk Ismail Lasim berkata, beliau yakin pelantikan tersebut akan memberi manfaat kepada syarikat melalui latar belakang serta pengalaman dan kepakaran keempat-empat mereka.

“Dengan pelantikan ini, kami percaya ia tepat untuk menyokong pertumbuhan berterusan syarikat dan pelaksanaan pelan strategiknya yang melingkungi misi kami untuk memenuhi jangkaan pemegang saham,” katanya dalam kenyataan dekat sini semalam.

Izaddeen ketika ini memegang jawatan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Berhad (BHB) selain berada dalam Lembaga Pengarah Boustead Heavy Industries Corporation Berhad, Pharmaniaga Berhad, Boustead Properties Berhad, UAC Berhad dan Olympia Industries Berhad.

Fahmy pula merupakan Pengarah Kewangan Kumpulan BHB selain pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Plantations Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Boustead REIT Managers Sdn. Bhd.

Sementara itu, Ahmad Shahredzuan merupakan Ketua Pegawai Penciptaan Semula dan Strategi BHB, jawatan yang dipegangnya sejak 2020.

Mustaffar Kamal pula mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam sektor perladangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya