Bliese tambah ejen, sasar jualan RM40 juta tahun ini - Utusan Malaysia

Bliese tambah ejen, sasar jualan RM40 juta tahun ini

SUHAIMI SAIFUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Setelah berjaya menaikkan jenama produk pewangi serbaguna, Bliese dalam masa dua tahun termasuk sepanjang pandemik Covid-19, Bliese (M) Sdn.Bhd. melancarkan Kempen Gerila Haruman Bliese (GHB) dengan sasaran menambah bilangan ejen daripada 6,000 kepada 10,000 orang.

Menurut Pengarah Urusannya, Mohd. Suhaimi Saiful, melalui kempen GHB tersebut pihaknya akan memasarkan lima varian haruman baharu untuk diedarkan oleh ejen mahupun stokis di setiap tempat tumpuan ramai.

“GHB memfokuskan pemasaran produk Bliese di serata tempat. Kami ingin memastikan setiap lima varian baharu ini mudah didapati di mana-mana kedai runcit, restoran-restoran, kedai cuci kereta dan premis makanan terpilih.

“Perkongsian untung antara pengusaha tempat terbabit akan mewujudkan situasi menang-menang,” katanya kepada pemberita di pejabat Bliese di Kawasan Perindustrian Tiong Nam Seksyen 15 di sini, semalam.

Mohd. Suhaimi berkata, dengan pelancaran GHB, pihaknya menjangka sasaran jualan sebanyak 500,000 unit untuk setiap varian.

Katanya lagi, kempen GHB adalah untuk segmen produk penutup kayu (wooden cap) yang biasa digantung dalam kereta, almari baju, kasut, tandas, boot kereta, ruang tamu dan ruangan bersaiz kecil.

Mengulas mengenai sasaran perolehan tahun ini, Mohd.Suhaimi berkata, pihaknya optimis untuk menyasarkan jualan sebanyak RM40 juta.

“InshaAllah kita boleh mencapai sasaran tersebut tahun ini hasil kempen GHB tersebut. Kita juga menyasarkan untuk menambah stokis utama daripada 60 kepada 100 stokis dalam masa terdekat bagi memastikan kempen ini dapat dijayakan.

“Sebelum ini, setiap produk kita sasarkan 200,000 unit. Kini kami sasarkan 500,000 unit untuk setiap lima wangian baharu tersebut,” katanya.

Beliau menambah, lima produk terbaharu tersebut diinspirasikan dari nama hartawan global iaitu Cherry Ellison, Forest Musk, Tropical Buffet, Love Page dan Morning Gates. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya