Bitcoin melonjak lagi, cecah AS$53,761 - Utusan Malaysia

Bitcoin melonjak lagi, cecah AS$53,761

Minat institusi dan syarikat besar terhadap Bitcoin membantu melonjakkan nilai mata wang kripto itu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Nilai mata wang kripto, Bitcoin mencecah AS$53,761 (RM221,871) seunit, hasil minat berterusan institusi besar terhadap aset digital tersebut.

Nilai yang tertinggi dalam dua minggu itu selepas lonjakan kira-kira 3.6 peratus manakala pesaingnya, Ether juga mencapai paras tertinggi dengan kenaikan 3.7 peratus dalam tempoh sama selepas aplikasi kecantikan China, Meitu Inc. memaklumkan mereka turut membeli Ether selain Bitcoin.

“Kenaikan Bitcoin dan Ethereum kembali kerana pertaruhan wang banyak terus mengalir ke dalam mata wang kripto. Minat institusi kelihatan amat kuat,” kata Penganalisis Pasaran Kanan di Oanda, Edward Moya.

Walaupun Bitcoin dan Ether masing-masing pernah memegang rekod tertinggi pada AS$58,350 (RM240,850) dan AS$1,975 (RM8,150), namun prestasi terbaharu menunjukkan kenaikan berbanding akhir Februari.

“Semakin banyak pemain besar terus menunjukkan minat, de­ngan Goldman Sachs Group Inc. baru-baru ini mengesahkan bahawa mereka memulakan semula perdagangan kripto dan pelabur jutawan Dan Loeb minggu lalu memaklumkan beliau telah melakukan analisis pasaran kripto.

“Bitcoin berada dalam kedudukan yang kuat untuk didagangkan pada AS$75,000 (RM309,525) walaupun momentum dan spekulasi mengenainya meningkat,” ujar Ahli Strategi Teknikal Evercore ISI, Rich Ross dalam nota kajian­nya.

Penyedia Teknologi dan Penyelesaian Bitcoin NYDIG, Moanda pada awal minggu ini mengumumkan pusingan modal pertumbuhan AS$200 juta (RM825 juta) yang diketuai rakan strategik Stone Ridge Holdings Group, Morgan Stanley, New York Life, MassMutual, Soros Fund Management dan FS Investments.

“NYDIG akan bekerjasama dengan firma-firma ini dalam inisiatif strategik berkaitan Bitcoin yang merangkumi pengurusan pelaburan, insurans, perbankan, tenaga bersih, dan sumbangan.

“Nantikan ledakan inovasi dalam produk dan perkhidmatan Bitcoin oleh NYDIG, dengan kerjasama pelabur baharu kami dalam suku hadapan,” kata Pe­ngasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif NYDIG, Robert Gutmann.

NYDIG juga menyatakan syarikat insurans nyawa, anuiti dan harta benda kini memiliki lebih daripada AS$1 bilion (RM4.13 bi­lion) pendedahan Bitcoin secara langsung dan tidak langsung yang diadakan di platform hak penjagaan institusi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya