PETALING JAYA: Bank perlu melonggarkan syarat dan saringan ketat untuk penerima bantuan supaya hasrat negara memulihkan ekonomi melalui pakej rangsangan ekonomi dapat dicapai. Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, jika bantuan rangsangan tidak dapat disampaikan kepada golongan sepatutnya, sasaran pertumbuhan ekonomi lima hingga enam peratus tahun ini mungkin tidak tercapai. Malah, kata beliau, kadar muflis dan gulung tikar pula berkemungkinan naik berlipat kali ganda. “Jika terlalu banyak syarat dikenakan, tapisan dan saringan pula terlalu ketat dan ketinggalan zaman, maka hasrat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya