PETALING JAYA: FGV Holdings Berhad (FGV) mengumumkan peletakan jawatan Pengerusinya, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkuat kuasa 1 April ini atas alasan “kepentingan lain.”
Azhar, 59, ketika ini merupakan Pengerusi dan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif syarikat perladangan tersebut.
Beliau menyertai Lembaga Pengarah FGV pada 8 September 2017. – UTUSAN