Astro: Go Shop rekod perolehan tertinggi  - Utusan Malaysia

Astro: Go Shop rekod perolehan tertinggi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Segmen Go Shop terus merekodkan perolehan tertinggi untuk Astro Malaysia Holdings Berhad bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Januari 2021 (FY21) dengan lonjakan 26 peratus bernilai RM17 juta.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang dicapai menerusi segmen beli-belah secara langsung itu sebanyak RM461 juta.

Dalam pada itu, pendaftaran pelanggan baharu juga dilihat meningkat sebanyak 30 peratus dari tahun ke tahun kepada 2.8 juta pelanggan.

Pengerusi Astro, Tun Zaki Azmi berkata, prestasi syarikat untuk suku tahun keempat kekal kukuh di sebalik fasa perintah kawalan pergerakan baru-baru ini dengan pendapatan RM1.11 bilion dan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) kekal berdaya tahan pada RM168 juta.

Ujarnya, penyata kewangan Astro masih lagi teguh, terus menjana pendapatan tunai, mampu mengawal kos kewangan secara berdisiplin dan sentiasa proaktif dari aspek pengurusan modal syarikat. 

“Justeru, pihak Lembaga Pengarah mengumumkan dividen interim keempat bernilai 1.5 sen sesaham dan mencadangkan dividen akhir sebanyak 2.5 sen sesaham, seterusnya memberi penghargaan kepada pemegang saham kami dengan dividen keseluruhan tahun ini sebanyak 8.0 sen sesaham, berbanding 7.5sen tahun sebelumnya.

“Jumlah ini mewakili 77 peratus daripada nilai keuntungan yang dijana pada FY21, mengatasi dan lebih banyak daripada jumlah dividen yang termaktub di dalam polisi iaitu sebanyak 75 peratus daripada PATAMI,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, dengan melalui fasa pemulihan secara berturut-turut pada tiga kali suku tahunan, Astro akhirnya berjaya mencatatkan hasil pendapatan dan PATAMI yang dilihat berdaya tahan pada FY21 dengan masing-masing merekodkan sebanyak RM4.4 bilion dan RM540 juta.

“Perbelanjaan pengiklanan (Adex) mencatatkan pemulihan kerana produksi atau program-program siaran langsung Astro kini boleh kembali beroperasi, selain daripada tayangan siri-siri Astro Originals kami yang menarik. 

“Selain itu, pendapatan yang dijana menerusi prabayar NJOI turut meningkat sebanyak 36 peratus dari suku tahun ke suku tahun, manakala tawaran jalur lebar yang digabungkan dengan perkhidmatan Astro broadband bundles memperlihatkan jumlah pendaftaran yang begitu menggalakkan dengan lonjakan sebanyak 60 peratus di segmen pendaftaran langganan jalur lebar dari tahun ke tahun. 

“Pada masa yang sama, Go Shop kekal mendominasi permintaan dan pembelian di atas talian, yang mana telah berjaya merekodkan perolehan tertinggi dengan RM461 juta,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya