PETALING JAYA: Maxis Broadband Sdn. Bhd. (Maxis) dikompaun sebanyak RM3.3 juta oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) kerana gagal mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik.
Menurut MCMC, syarikat telekomunikasi itu telah dikenakan 68 kompaun dengan 67 daripadanya berjumlah RM3.25 juta membabitkan kesalahan terbabit.
Katanya, Maxis turut dikenakan kompaun berjumlah RM50,000 di bawah Seksten 127 Akta Komunikasi dan Multimeda (AKM) 1998 atas ketidakpatuhan Garis Panduan bagi pendaftaran pengguna Akhir.
Selain Maxis, syarikat telekomunikasi U Mobile Sdn. Bhd. turut dikenakan tujuh kompaun berjumlah RM350,000 atas kesalahan sama.
“Selain itu, Sistem Televisyen Malaysia Berhad dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) masing-masing dikenakan satu kompaun berjumlah RM40,000 dan RM20,000 kerana gegal mematuhi syarat-syarat lesen ditetakan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Suruhanjaya itu memberitahu, bagi tempoh suku pertama tahun ini pihaknya telah menyeluarkan 77 kompaun berjumlah RM3.7 juta kepada pemegang-pemegang lesen di bawah AKM 1998.
Jelasnya, MCMC akan terus berusaha memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi mengutamakan hak pengguna termasuk memastikan kebebasan pengguna untuk memilih perkhidmatan telekomunikai yang dikehendaki mereka.
“Tindakan ini selaras dengan Ikrar Mesra Pelanggan yang dimeterai oleh syarikat-syarikat telekonomukasi pada pertengahan Jun 2019, yang mengikat komitmen mereka untuk melaksanakan langkah penambahbaikan bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna,” katanya. – UTUSAN