Wasiyyah Shoppe penyedia hibah hartanah bercagar terbesar - Utusan Malaysia

Wasiyyah Shoppe penyedia hibah hartanah bercagar terbesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat amanah patuh syariah, Wasiyyah Shoppe Berhad telah membantu sejumlah 45,000 orang Islam menyediakan dokumen hibah hartanah bercagar iaitu hartanah dalam pembiayaan sekali gus menjadikannya sebagai penyedia kategori itu terbesar di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe, Ariffin Sabirin berkata, syarikat tersebut telah memperkenalkan kaedah hibah hartanah bercagar berkenaan sejak tahun 2015.

Katanya, perkhidmatan tersebut diperkenalkan kerana mendapati wujud keperluan sangat mendesak bagi ibu bapa membeli rumah secara pinjaman untuk menghibahkan rumah kepada anak-anak yang masih di bawah umur.

“Kami mula memperkenalkan kaedah hibah pada 2004 sebaik sahaja mula beroperasi, namun kaedah hibah untuk hartanah bercagar ini kami mula perkenalkan secara agresif sejak 2015.

“Apabila salah seorang atau kedua-dua pasangan meninggal dunia, rumah yang masih bercagar itu menjadi harta pusaka dan menjadi hak waris-waris mengikut hukum faraid ke atasnya.

“Melalui pengalaman operasi 17 tahun, kami mendapati kebiasaannya pasangan dan anak-anaklah yang akan bertungkus-lumus melangsaikan baki pinjaman. Waris-waris faraid yang lain biasanya hanya lebih berminat untuk menuntut hak selepas baki pinjaman dilangsaikan,” katanya dalam kenyataan.

Perkhidmatan hibah hartanah bercagar yang ditawarkan Wasiyyah Shoppe membantu mengatasi cabaran dengan hartanah yang telah dihibahkan tidak akan menjadi harta pusaka dan tidak perlu diagihkan kepada waris mengikut hukum faraid apabila ia menjadi milik penerima hibah sepenuhnya.

Sebagai institusi berteraskan ilmiah, Wasiyyah Shoppe mendanai penyelidikan yang dilakukan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkaitan tajuk ini pada 2017 dengan dapatan daripada penyelidikan ini kemudiannya diaplikasi sepenuhnya ke dalam perkhidmatan hibah hartanah bercagarnya.

Bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang Islam menghibahkan hartanah yang masih dalam cagaran dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Wasiyyah Shoppe turut menawarkan diskaun 50 peratus sehingga 28 Februari 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya