Vaksin: AirAsia yakin pulih lebih cepat - Utusan Malaysia

Vaksin: AirAsia yakin pulih lebih cepat

AirAsia sebelum ini dilaporkan akan pulih lebih cepat berikutan model perniagaan tambang rendah, kedudukan di pasaran dan transformasi digital yang dilaksanakan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AirAsia Group yakin mencapai sasaran pengumpulan dana sebanyak RM2.5 bilion.

Keyakinan itu mengambil kira pemulihan industri perjalanan dunia dalam masa terdekat, berikutan ketibaan vaksin Covid-19 yang bakal diterima di seluruh negara bermula minggu ini.

Malah, pasaran antarabangsa utama AirAsia juga menunjukkan perkemba­ngan baik menerusi program vaksinasi termasuk di Indonesia, Singapura, China dan Austra­lia. Manakala negara-negara serantau lain seperti Thailand dan Filipina dijadual memulakan program vaksinasi mereka pada suku pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes yakin, AirAsia akan pulih lebih cepat berikutan model perniagaan tambang rendah, kedudukan di pasaran dan transformasi digital yang dilaksanakan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

“Kami telah menghadapi pelbagai krisis pada sebelum ini seperti memulakan syarikat selepas tragedi 9/11, wabak selesema burung SARS, tsunami, gempa bumi, dan lain-lain tetapi Covid-19 adalah cabaran terbesar kami.

“Kami tidak pernah melihat sekatan perjalanan global seperti pada hari ini. Setelah setahun membendung kos operasi termasuk menamatkan operasi di Jepun dan mengurangkan kepentingan kami di India, akhirnya kami dapat melihat perkembangan positif,” katanya dalam kenya­taan semalam.

Tony berkata, sebanyak 20 peratus tawaran saham persendirian daripada jumlah terbitan telah diselesaikan pada minggu lalu.

“Sebanyak 11.07 peratus tawaran diterima berjumlah RM250 juta, menunjukkan keyakinan pasaran dan pelaburan yang kukuh terhadap syarikat,” katanya.

Tambahnya, AirAsia ber­usaha untuk mendapatkan kelulusan pinjaman di bawah Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin pada bulan hadapan.

“Dalam masa yang sama, kami mengadakan perbinca­ngan positif untuk mengumpul dana di pasaran utama kami seperti Thailand, Indonesia dan Filipina yang akan diumumkan pada masa akan datang.

“Kami turut mempertimbangkan pengumpulan modal dan sokongan kewangan lain termasuk pengumpulan mo­dal untuk entiti digital kami. Kami berharap langkah-langkah ini akan lebih jelas dan dapat dicapai pada akhir bulan Mac,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya