Untung Takaful Malaysia lebih tinggi - Utusan Malaysia

Untung Takaful Malaysia lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBZT) sebanyak RM117.2 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2020.

Keuntungan itu 37 peratus lebih tinggi berbanding RM85.6 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun sebelumnya.

Menurut Takaful Malaysia, keuntungan selepas cukai dan zakat (PAZT) adalah sebanyak RM103.8 juta, peningkatan 34 peratus daripada RM77.6 juta yang dicatatkan suku sama tahun sebelumnya.

Katanya, Kumpulan melaporkan keuntungan bersih selepas cukai bagi 2020 sebanyak RM363.6 juta dengan catatan keputusan hampir sama pada 2019.

“Jumlah aset Kumpulan terus menyaksikan prestasi sterling dalam tempoh lima tahun kebelakangan, meningkat 14 peratus kepada RM11.8 bilion daripada RM10.3 bilion pada tahun kewangan yang lalu.

“Aset bersih sesaham Takaful Malaysia juga meningkat kepada RM1.82 daripada RM1.48 pada tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil berkata, syarikat beroperasi dalam persekitaran pasaran yang mencabar, dikala ketidaktentuan dan kelembapan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

“Kami merekodkan peningkatan dua peratus PBZT kepada RM426.8 juta berbanding RM417.7 juta pada tahun kewangan sebelumnya hasil penjualan lebih tinggi yang didaftarkan dari portal penjualan dalam talian kami,” katanya.

Beliau berkata, pendapatan operasi mencatatkan penurunan disebabkan penjualan yang rendah daripada perniagaan Takaful Keluarga tetapi Perniagaan Takaful Am tumbuh tujuh peratus berbanding 2019.

Bagaimanapun katanya, sebagai perintis dan pengadopsi awal pengedaran dalam talian dan teknologi digital baharu, rangkaian pelan perlindungan dalam talian inovatif yang ditawarkan melalui Portal Jualan Dalam Talian Click for Cover telah memperoleh jumlah penjualan yang tinggi.

“Ekoran kekangan aktiviti perniagaan yang timbul daripada perintah kawalan pergerakan berperingkat, kami menavigasi ketidakpastian pasaran dengan berhemat bagi mengurangkan cabaran penjualan dan operasi dalam landskap yang sangat kompetitif, dengan matlamat memberi nilai mampan kepada pemegang saham,” katanya.

Takaful Malaysia mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 12 sen sesaham biasa berjumlah RM99.7 juta pada 21 Disember 2020, yang dibayar pada 29 Januari 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya