Sime Darby, FGV meterai perjanjian jual beli jentera - Utusan Malaysia

Sime Darby, FGV meterai perjanjian jual beli jentera

Traktor New Holland TD90
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sime Darby Industrial Sdn. Bhd. (SDISB) telah menandatangani perjanjian bersama FGV Plantations Malaysia Sdn. Bhd. (FGVPM) untuk menjual 58 unit traktor New Holland TD90.

SDISB dalam satu kenyataan memberitahu, pemerolehan traktor tersebut akan membantu FGV memacu perkembangan yang berterusan dalam pelbagai kerja perladangan.

Ujarnya, perjanjian itu menandakan kerjasama paling penting antara SDISB dan FGVPM dalam perniagaan New Holland.

New Holland merupakan unit perniagaan di bawah SDISB iaitu anak syarikat Sime Darby Industrial, yang telah membantu industri pertanian selama hampir satu abad di Malaysia.

Selain New Holland, SDISB juga bekerjasama dengan Caterpillar Inc, Terberg dan Perkins dalam perniagaan jentera beratnya.

Ketua Perniagaan Bersekutu SDISB, Ooi Sim Mun berkata, perjanjian itu merupakan tonggak baharu buat perniagaan New Holland dan berharap dapat mempunyai lebih banyak inisiatif kolaboratif bersama FGVPM pada masa hadapan.

“Kami berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh FGVPM kerana membuat pesanan jentera pertanian terbesar setakat ini.

“Semua mesin yang dihantar itu mempunyai jaminan selama 12 bulan tanpa had waktu,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Sektor Perladangan FGV, Syed Mahdhar Syed Hussain menjelaskan, syarikat itu kini menghasilkan kira-kira tiga juta tan metrik (MT) minyak sawit mentah (CPO) setiap tahun.

“Traktor baharu yang dibekalkan oleh SDISB akan membawa FGV satu langkah kehadapan dalam program pemodenan pertanian kami yang luas.

“Selain meningkatkan amalan pertanian, jentera itu juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan operasi perladangan FGV,” jelasnya.

Upacara penyerahan mesin New Holland itu telah diadakan baru-baru ini di ibu pejabat SDISB di Puchong dekat sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya