SDG: Komitmen pembangunan lebih mampan - Utusan Malaysia

SDG: Komitmen pembangunan lebih mampan

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Perangkaan telah memuat naik 128 indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terkini di peringkat nasional dan 18 indikator di peringkat daerah.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, data itu meliputi siri masa dari 2016 hingga 2019.

Beliau berkata, SDG merupakan komitmen global ke arah pembangunan lebih mampan, berdaya tahan dan inklusif dengan 17 matlamat dan 169 sasaran.

SDG katanya, menggabungkan lima bidang tumpuan iaitu Orang (people), Planet (Planet), Kemakmuran (Prosperity) Keamanan (Peace) dan Perkongsian (Partnership).

“Ia mencakupi tiga dimensi iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar. Pencapaian SDG diukur berdasarkan 247 indikator di peringkat global di mana semua indikator ini merupakan penanda aras ke arah kehidupan yang lebih baik dan mampan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Uzir berkata, pengukuran SDG membolehkan kerajaan dan semua pihak menambah baik perkhidmatan seterusnya masyarakat dapat mengecapi kehidupan yang lebih baik dalam semua aspek selaras dengan tema SDG, tiada sesiapa pun yang tertinggal.

Kata beliau, berdasarkan pemerhatian, pada masa kini pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap SDG masih rendah yang membataskan penglibatan inklusif dalam SDG.

“Pihak kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat umum secara keseluruhannya mempunyai tanggungjawab kolektif terhadap SDG. Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk memelihara alam sekitar agar planet dapat diwarisi dalam keadaan yang baik kepada generasi akan datang yang menjadi satu daripada bidang tumpuan SDG,” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Perangkaan menjelaskan, sistem pemantauan SDG merupakan satu inisiatif untuk mempromosi dan seterusnya meningkatkan literasi berkaitan SDG.

Platform itu menyediakan paparan visual interaktif yang memudahkan pengguna untuk membuat carian indikator SDG bagi 17 matlamat di peringkat nasional dan indikator yang tersedia di peringkat daerah pentadbiran.

Jelasnya, persembahan data yang interaktif dan pemilihan paparan mengikut disaggregation antaranya tahun, negeri, strata dan jantina akan memberikan nilai tambah kepada indikator SDG.

“Melalui platform itu, indikator SDG dapat dicapai di hujung jari dan sekali gus meningkatkan literasi SDG kepada rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya