R&D, Perodua peruntuk RM700 juta - Utusan Malaysia

R&D, Perodua peruntuk RM700 juta

Bidang pembangunan dan penyelidikan menjadi tumpuan Perodua tahun ini seiring dengan matlamat syarikat untuk mengeluarkan model kenderaan yang lebih canggih pada masa hadapan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: Perusahaan Otomodil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) berjumlah RM1.18 bilion pada tahun ini dalam usaha memacu pertumbuhannya.

Peruntukan tersebut lebih tinggi berbanding RM1.06 bilion tahun lalu. Bagaimanapun, hanya RM620 juta dibelanjakan disebabkan operasi syarikat terjejas akibat pandemik Covid-19.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sebanyak RM600 juta hingga RM700 juta daripada jumlah capex tahun ini diperuntukan untuk bidang pembangunan dan penyelidikan (R&D) termasuk pembangunan model baharu.

Kata beliau, sejumlah RM250 juta hingga RM300 juta pula diperuntukkan untuk perluasan jualan dengan mewujudkan lebih banyak pusat jualan 3S.

“Untuk tahun ini kita sasarkan 25 peratus daripada rangkaian pusat jualan akan menjadi 3S di mana tahun lepas 3S cuma 10 peratus.

“Kita ada 190 pusat jualan di seluruh negara, kita berharap pada tahun ini 25 peratus daripadanya akan menjadi 3S. Konsepnya, ekosistem kena berkembang seiring dengan Perodua,” katanya kepada pemberita sempena pandu uji model baharu Perodua di sini kelmarin.

Model baharu Perodua tersebut dijadual dilancarkan pada 3 Mac depan.

Mengulas lanjut, Zainal Abi­din berkata, tahun ini bidang R&D akan memberi tumpuan kepada pusat reka bentuk dalam usaha meningkatkan reka bentuk bahagian permukaan.

“Ini adalah masanya untuk kami mereka bentuk pelbagai model (kenderaan). Ini kerana, kita sebolehnya mahu mengeluarkan model yang direka sendiri tanpa bantuan pereka luar.

“Selain itu, tumpuan juga diberikan untuk pendigitalan R&D. Perkembangan R&D membabitkan teknologi yang lebih canggih diikuti dengan pendigitalan dan kami perlu seiring dengannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya