Rafiq dilantik Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Prima - Utusan Malaysia

Rafiq dilantik Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Prima

RAFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Media Prima Berhad (Media Prima) mengumumkan pelantikan Rafiq Razali sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan berkuat kuasa hari ini.

Rafiq, 36, yang akan melapor kepada Pengarah Urusan Kumpulan, menyertai Media Prima pada 2016 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group (RMG), dahulunya dikenali sebagai Media Prima Digital.

Menurut Media Prima, beliau berjaya melaksanakan strategi pemulihan perniagaan yang memacu RMG menjadi satu daripada syarikat media digital terunggul dari segi kewangan dan capaian audiens.

“Kejayaaan pemulihan ini turut membawa kepada pertumbuhan pendapatan yang signifikan dan konsisten, menjadikan RMG syarikat yang mencatat keuntungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah syarikat itu, Rafiq juga bertanggungjawab dalam usaha pengambilalihan strategik aset-aset digital oleh Media Prima.

Ini termasuk kejayaan pengambilalihan Rev Asia Holdings Sdn. Bhd. yang telah menyediakan pangkalan data demografik audiens golongan muda kepada Kumpulan.

Beliau juga memainkan peranan utama dalam usaha transformasi perniagaan Media Prima untuk menyatukan strategi digital Kumpulan merentasi kesemua anak syarikatnya.

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Dr. Syed Hussian Aljunid berkata, Lembaga Pengarah mengalu-alukan pelantikan Rafiq ke Lembaga Pengarah Media Prima.

“Beliau mempunyai pengalaman yang luas serta rekod kejayaan dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif penting transformasi perniagaan di peringkat Kumpulan.

“Beliau juga seorang yang mempunyai kemahiran serta dihormati di dalam landskap media digital setelah berkhidmat dengan beberapa syarikat permulaan (start up) digital sebelum menyertai Media Prima. Kami percaya beliau akan memberi sumbangan besar kepada masa hadapan Kumpulan,” katanya.

Syed Hussian berkata, peranan baharu Rafiq di peringkat Kumpulan akan membolehkan Media Prima meneroka peluang perniagaan baharu di kesemua platform media di bawah Kumpulan di samping menawarkan para pelanggan penyelesaian media yang inovatif dan bersepadu.

Rafiq memulakan karier di Maxis Berhad dalam bidang pengurusan dengan memegang beberapa jawatan penting berkaitan perniagaan antarabangsa dan strategi korporat.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains (Kepujian Kelas Pertama) dalam Sains Aktuari dari Pennsylvania State University, Amerika Syarikat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya