Petron kekal dalam fasa pemulihan - Utusan Malaysia

Petron kekal dalam fasa pemulihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd. (PMRMB) merekodkan pendapatan bersih sebanyak RM42 juta pada suku keempat 2020, meningkat 45 peratus daripada RM29 juta suku sama tahun sebelumnya.

Jumlah jualan Petron pada suku keempat 2020, bagaimanapun masih rendah berbanding suku sama 2019 ekoran pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Menurut PMRMB, syarikat menjual 6.8 juta tong pada suku tersebut berbanding 9.2 juta tong tahun sebelumnya. Hasil syarikat menyusut 48 peratus kepada RM1.5 bilion daripada RM2.9 bilion pada 2019.

Meskipun mencatatkan hasil yang lebih rendah, keuntungan kasar syarikat pada suku terakhir 2020 meningkat sebanyak 40 peratus kepada RM136 juta daripada RM97 juta suku sama tahun sebelumnya disebabkan peningkatan margin penapisan dan keuntungan inventori bersih hasil daripada pemulihan harga minyak pada suku terakhir 2020.

Pengerusi PMRMB, Ramon S. Ang berkata, keputusan positif yang dicatatkan pada dua suku terakhir 2020 membantu mengurangkan kerugian bersih Petron pada tahun lalu kepada RM13 juta, sekali gus mengurangkan impak negatif semasa perintah berkurung yang dilaksanakan ekoran pandemik pada separuh tahun pertama.

“Berhadapan dengan pelbagai kekangan, termasuk krisis yang tidak pernah berlaku sebelumnya, telah mendorong kami untuk mengkaji semula pelan dan strategi pada 2020. Kami sedang beransur pulih daripada impak Covid-19 dan yakin akan bangkit daripada tempoh kesukaran sementara ini.

“Komitmen kami untuk terus memacu perkembangan dan pemulihan kekal kukuh di mana kita terus bersama Malaysia dalam usaha pemulihan negara,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ang berkata, walaupun persekitaran perniagaan yang mencabar, PMRMB bersama syarikat-syarikat sekumpulan telah membuka stesen baharu membawa jumlah stesen dalam kumpulan kepada 720 stesen pada tahun lalu.

“Dalam fokus kami untuk mencapai pemulihan kewangan, usaha untuk perluaskan jaringan runcit, peningkatan kemampuan kilang dan kecekapan operasi tetap menjadi keutamaan. Kami akan meneruskan usaha dalam memberikan pertumbuhan jangka masa panjang dan nilai terbaik kepada pelanggan dan pihak berkepentingan kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya