Pasaran buruh dijangka terus mencabar  - Utusan Malaysia

Pasaran buruh dijangka terus mencabar 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasaran buruh negara dijangka terus berada dalam kedudukan mencabar pada awal tahun ini, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin.

Sehubungan itu kata beliau, kerjasama berterusan semua pihak diperlukan bagi meringankan situasi yang kurang memberangsangkan itu.

Mohd. Uzir berkata, menjelang akhir suku 2020, lonjakan kes baru Covid-19 mengakibatkan penurunan prestasi ekonomi. 

Walaupun begitu, katanya, keadaan pasaran buruh menunjukkan pemulihan sederhana dengan bilangan guna tenaga meningkat sedikit manakala bilangan pengangguran merekodkan peningkatan pada suku keempat (S4) 2020. 

“Dari segi permintaan tenaga buruh, bilangan jawatan yang lebih rendah direkodkan di sektor swasta dengan penurunan bilangan jawatan diisi dan kekosongan jawatan. Walaupun begitu, dalam tempoh ekonomi mengalami kemerosotan, sejumlah 17,000 jawatan diwujudkan walaupun lebih rendah dari suku sebelumnya.

“Melihat kepada situasi 2021, jumlah kes baru Covid-19 terus mencatatkan lonjakan melebihi purata 3,200 kes sehari pada Januari 2021. Namun, bagi mengimbangi di antara kepentingan ekonomi dan kesihatan kebanyakan aktiviti ekonomi dibenarkan untuk beroperasi dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard yang ketat.

“Tambahan pula, kerajaan telah memulakan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bagi menyokong kelangsungan perniagaan. Diharapkan, dengan pelbagai inisiatif yang diperkenalkan kerajaan ini dapat mengurangkan tekanan kepada pasaran buruh terutamanya kepada perniagaan dan pencari kerja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Uzir, pada S4 2020, sebahagian besar perniagaan masih belum kembali kepada tahap optimum seperti tempoh sebelum krisis berikutan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berisiko tinggi seluruh negara. 

Beliau berkata, dengan kerjasama berterusan antara kerajaan dan sektor swasta dalam mencapai keseimbangan antara kesihatan dan kesejahteraan, pasaran buruh pada tempoh berkenaan menunjukkan pemulihan sederhana.

“Dari segi penawaran, bilangan penduduk bekerja turun 0.6 peratus tahun ke tahun kepada 15.16 juta orang, manakala kadar pengangguran meningkat kepada 4.8 peratus, dengan bilangan penganggur seramai 761,000 orang pada S4 2020.

“Dalam tempoh sama, kadar penyertaan tenaga buruh jatuh 0.6 mata peratus kepada 68.5 peratus berbanding 69.1 peratus pada S4 2019. Oleh itu, bilangan di luar tenaga buruh meningkat 3.6 peratus kepada 7.32 juta, dengan lebih dari 40 peratus disebabkan persekolahan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya