MPOB terima pengiktirafan SAMM - Utusan Malaysia

MPOB terima pengiktirafan SAMM

AHMAD PARVEEZ GULAM KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), telah menerima pengiktirafan Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) daripada Jabatan Standard Malaysia.

Ketua Pengarah MPOB, Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, penganugerahan sijil akreditasi itu dapat memartabatkan hasil kajian dan analisa makmal MPOB di peringkat antarabangsa.

“Kesemua makmal di Unit Analitikal dan Pembangunan Kualiti menjalankan analisa penyelidikan pembangunan merangkumi aktiviti pengujian, penganalisaan dan penentusahan termasuklah untuk menangani isu berkaitan keselamatan makanan dan kualiti minyak sawit.

“Makmal Keselamatan Makanan juga berperanan untuk memastikan keselamatan minyak sawit di Malaysia terjamin dari segi mutu dan kualiti selain menyediakan perkhidmatan analisa serta khidmat nasihat teknikal kepada pihak industri sawit dan makanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, dengan komitmen diberikan, Makmal Keselamatan Malaysia yang ditubuhkan pada 2010 telah berjaya memperoleh memperoleh Sijil Akreditasi Makmal Malaysia pertama pada tahun sama daripada Jabatan Standard Malaysia iaitu akreditasi ISO/IEC 17025:2005 untuk analisa paraquat atau racun rumpai.

Tambahnya, bagi memastikan Makmal Keselamatan Makanan sentiasa berada di landasan yang betul dalam menawarkan perkhidmatan analisa kepada industri sawit, usaha bagi proses peralihan daripada ISO/IEC 17025:2005 ke ISO/IEC 17025:2017 telah bermula sejak 2018.

Pada tahun lalu, Makmal Keselamatan Makanan MPOB telah berjaya memperbaharui akreditasi ISO/IEC 17025:2017 hasil daripada peralihan ISO/IEC 17025:2005 bagi analisa sisa paraquat.

Makmal MPOB tersebut juga berjaya menambah skop akreditasi ISO/IEC 17025:2017 kepada tiga analisa iaitu kandungan klorida; kandungan ester 2- dan 3-monokloropropan-1,2-diol (2- dan 3-MCPDE) dan ester glisidil (GE); serta kandungan elemen surih seperti fosforus, besi dan tembaga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya