MISC rugi RM43 juta 2020 - Utusan Malaysia

MISC rugi RM43 juta 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MISC Berhad mencatat kerugian bersih RM43 juta untuk tahun kewangan 2020 sebahagiannya ke­rana pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada kadar muatan terutamanya segmen petroleum pada suku keempat.

Pada tahun kewangan 2019, syarikat itu mencatat keuntungan bersih RM1.43 juta.

Walau bagaimanapun, untuk suku keempat 2020, syarikat itu mencatat keuntungan bersih yang lebih tinggi pada RM556 juta berbanding RM250 juta pada suku sama 2019.

Menurut syarikat itu, pandemik Covid-19 mempengaruhi prestasi kewangan segmen perkapalan petroleum pada separuh kedua tahun lalu apabila kadar muatan lebih rendah akibat kesan pandemik terhadap permintaan minyak dunia.

“Perniagaan kejuruteraan berat turut terkesan de­ngan pandemik Covid-19. Penutupan sementara operasi la­pangan, langkah kawalan sempadan berpanjangan dan pengenalan prosedur operasi standard (SOP) di bawah norma baharu menyebabkan tempoh yang lebih panjang untuk projek kejuruteraan berat berterusan segmen tersebut dan lebih sedikit kerja pembaikian untuk segmen marin.

“Hasilnya, segmen ini mencatatkan kerugian lemah kepada harta, loji jana kuasa dan peralatan sebanyak RM300 juta dan menanggung RM189 juta kos langsung dan tak langsung berkaitan Covid-19 dalam tahun semasa,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Sementara itu, MISC berkata, dari segi aliran tunai dan kecairan pihaknya tidak me­ngalami apa-apa masalah uta­ma yang disebabkan oleh pandemik Covid-19.

“Kedudukan kewangan kum­pulan kekal baik pada penghujung suku dengan baki tunai sebanyak RM6.86 bilion, penggearan rendah serta fasi­liti modal kerja mencukupi untuk kekal berdaya tahan dalam krisis semasa.

“Hasilnya, kumpulan tidak mengalami apa-apa kesukaran kewangan untuk melunaskan bebanan hutang dalam masa terdekat selain mampu bero­perasi dalam usaha berterusan.

“Walaupun begitu, kumpulan kekal kukuh dengan usaha­nya memelihara tunai melalui pengoptimuman overhed dan perbelanjaan modal,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya