MAHB pulih hujung 2021? - Utusan Malaysia

MAHB pulih hujung 2021?

Industri penerbangan terus ‘bertarung’ untuk hidup apabila pintu sempadan masih ditutup dan impak vaksin Covid-19 pula dijangka hanya memperlihatkan hasilnya dalam tempoh 12 bulan akan datang. - UTUSAN/ASWAD YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dijangka mencatatkan pemulihan pada suku keempat 2021 apabila impak vaksin Covid-19 memperlihatkan hasilnya dalam tempoh 12 bulan akan datang.

RHB Research dalam nota kajiannya semalam berkata, MAHB akan memperoleh manfaat daripada penurunan signifikan kes jangkitan Covid-19 tempatan dan global.

Institusi penyelidikan itu turut menaikkan saranan ke atas saham MAHB daripada neutral kepada beli dengan harga sasaran yang lebih tinggi iaitu RM6.56 daripada RM4.90.

Walau bagaimanapun, dalam jangka masa pendek, MAHB dijangka mengalami kerugian memandangkan jumlah tempahan penumpang yang rendah pada Januari.

“Kami menjangkakan MAHB akan mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM439 juta pada suku keempat 2020.

“Bagaimanapun, kami percaya para pelabur perlu melihat melangkaui kelemahan pendapatan dalam jangka pendek berikutan pemulihan diunjurkan berlaku pada suku keempat 2021 dan tahun kewangan 2022,” katanya seperti dipetik Bernama semalam.

Selain itu, RHB Research juga menjangkakan tahun kewangan 2022 yang baik untuk MAHB dengan peningkatan jumlah penumpang yang signifikan.

“Kami turut mengandaikan jumlah penumpang yang tinggi untuk tahun kewangan 2022 untuk kedua-dua operasi di Malaysia dan Turki dengan tiada perubahan ke atas keuntungan bersih tahun kewangan 2020 dan 2021,” katanya.

Kelmarin, MAHB menjangkakan pengedaran vaksin dan pelaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik/Aturan Koridor Perjalanan (RGL/TCA) antara Malaysia dan Indonesia dapat memberikan impak positif kepada pemulihan industri penerbangan negara dalam beberapa bulan akan datang.

Menurut syarikat pengendali lapangan terbang itu, walaupun data penerbangan masih menunjukkan pengurangan trafik, permintaan terpendam untuk penerbangan bagi tujuan perniagaan, pekerjaan dan pendidikan dilihat wujud.

“Walaupun pergerakan trafik penumpang keseluruhan jatuh bulan lalu, trafik penumpang antarabangsa meningkat kira-kira 25 peratus dari bulan sebelumnya meskipun dengan penutupan sempadan dan langkah kuarantin yang ketat.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memperoleh 97 peratus daripada keseluruhan trafik antarabangsa yang dicatatkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya