PETALING JAYA: Mah Sing Group Bhd. akan membangunkan projek perumahan baharu di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM656 juta.
Pemaju hartanah itu berkata, pembangunan di tanah seluas 40.47 hektar yang dinamakan M Senyum itu dijangka menjadi projek kediaman terdiri daripada rumah teres dua tingkat dengan harga bermula RM399,000.
“M Senyum dijangka dapat dibangunkan dalam masa lima tahun, dengan pendaftaran dan pelancaran pada separuh kedua 2021,” katanya dalam kenyataan.
Cadangan pembangunan itu dilaksanakan setelah anak syarikat milik penuh Mah Sing, Oasis Garden Development Sdn. Bhd. menerima surat kelulusan balas daripada Pejabat Daerah Sepang bagi pengambilan tanah bernilai RM95.83 juta.
Pembangunan M Senyum dijangka meningkatkan lebih banyak kediaman dinaik taraf kerana pembangunannya berdekatan dengan perbandaran terkenal seperti Kota Warisan, Bandar Baru Nilai, Dengkil, Putrajaya dan Cyberjaya. – UTUSAN