KLIA catat markah penuh ASQ - Utusan Malaysia

KLIA catat markah penuh ASQ

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - UTUSAN/ASWAD YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencatat markah penuh 5.0/5.0 dan memperoleh tempat terbaik dalam kaji selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) yang dijalankan Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI).

KLIA memperoleh markah tersebut untuk kategori lapangan terbang dengan lebih 40 juta penumpang tahunan bagi suku keempat 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, kejayaan itu menandakan usaha berterusan pihaknya untuk terus membangun dalam tempoh yang sukar bagi memastikan lapangan terbang seliaannya bersedia dengan khidmat terbaik apabila sektor penerbangan kembali pulih.

“Kami mengambil peluang untuk menggerakkan banyak inisiatif tahun lalu supaya kami boleh menerima penumpang dengan selamat dan memberi mereka pengalaman terbaik apabila sempadan mula dibuka kelak.

“Kami gembira mengetahui bahawa kami berjaya mengekalkan prestasi dengan beberapa lapangan terbang yang lebih baharu juga memperoelh markah penuh untuk ASQ.

“KLIA mungkin berusia 23 tahun dan beroperasi sejak 1998, namun kami membuktikan bahawa ia masih boleh mencapai tahap perkhidmatan terbaik dengan komitmen serta dedikasi bersepadu daripada semua pekerja dan pemegang taruhnya,” katanya dalam kenyataan dekat sini kelmarin.

Selain pencapaian cemerlang dalam ASQ, KLIA juga berjaya melepasi semua elemen dalam rangka kerja kualiti perkhidmatan (QoS) untuk suku ketiga 2020 seperti diumumkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) baru-baru ini.

Menurut MAHB, antara penyumbang utama kecemerlangan KLIA tahun lalu termasuk pelaksanaan protokol penerbangan baharu yang memdapat markah penuh untuk elemen ‘rasa selamat dan terjamin’ ASQ; tandas yang bersih untuk elemen ‘kebersihan dan ketersediaan tandas’ serta pengalaman penumpang yang cemerlang untuk elemen ‘ihsan dan kemesraan’.

Mohd. Shukrie menambah, MAHB perlu terus menambah baik tawaran kepada pelanggan yang seiring dengan ikrar jenamanya untuk memberikan pengalaman keterhubungan yang menyeronokkan di lapangan terbang.

“Ketika kami memberikan perhatian kepada projek besar seperti menambah baik sistem pengendali bagasi (BHS) dan penggantian aerotren, kami juga akan menggerakkan beberapa penambahbaikan bagi mengembalikan keyakinan penumpang serta terus cakna dengan permintaan penumbang dan industri penerbangan yang berevolusi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya