Industri penerbangan dijangka rugi tunai AS$75 bilion hingga AS$95 bilion  - Utusan Malaysia

Industri penerbangan dijangka rugi tunai AS$75 bilion hingga AS$95 bilion 

QANTAS masih berusaha menyelamatkan operasinya yang terjejas teruk akibat Covid-19.– AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Industri penerbangan dijangka dalam keadaan negatif tunai sepanjang 2021, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Persatuan itu sebelum ini menjangkakan industri tersebut dalam keadaan positif tunai pada suku keempat tahun ini, namun mengubah ramalannya melihat kepada situasi terkini industri.

Menurut Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alexandre de Juniac, sekatan sempadan yang lebih ketat oleh negara-negara dunia menjadikan 2021 tahun yang lebih sukar berbanding yang diramalkan.

“Senario terbaik kami ialah syarikat-syarikat penerbangan rugi AS$75 bilion (RM303.2 bilion) tunai tahun ini. Dan ia boleh menjadi lebih teruk sehingga AS$95 bilion (RM384.07 bilion).

“Lebih banyak bantuan kecemasan daripada kerajaan diperlukan. Industri penerbangan yang berfungsi akhirnya boleh memberi tenaga kepada pemulihan ekonomi akibat Covid-19 namun itu tidak akan berlaku jika ada kegagalan yang besar sebelum krisis berakhir.

“Jika kerajaan tidak dapat membuka sempadan, mereka perlu beri bantuan kewangan untuk memastikan ayarikat penerbangan terus bertahan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut IATA, tempahan untuk musim panas tahun ini adalah 78 peratus lebih rendah berbanding pada Februari 2019 disebabkan sekatan sempadan yang lebih ketat disebabkan varian baharu Covid-19.

Sehubungan itu, senario optimistik yang boleh dijangkakan ialah sekatan perjalanan dilonggarkan apabila populasi yang rentan di ekonomi membangun diberi vaksin namun hanya pada masanya untuk menggalakkan permintaan tinggi pada kemuncak musim pelancongan musim panas di hemisfera utara.

“Dalam kes ini, permintaan untuk 2021 adalah 38 peratus daripada tahap 2019. Syarikat-syarikat penerbangan akan kerugian AS75 bilion tunai sepanjang tahun namun kerugian tunai pada AS$7 bilion (RM28.30 bilion) pada suku keempat secara signifikan lebih baik daripada jangkaan kerugian tunai AS$33 bilion (RM133.41 bilion) pada suku pertama.

“Untuk senario pesimistik, syarikat penerbangan kerugian AS$95 bilion sepanjang tahun. Akan ada trend peningkatan daripada kerugian AS$33 bilion pada suku pertama kepada AS$16 bilion (RM64.68 bilion) pada suku keempat.

“Penyebab senario ini ialah kerajaan mengekalkan sekatan perjalanan signifikan sepanjang kemuncak musim pelancongan musim panas di utara. Dalam hal ini, permintaan 2021 adalah pada 33 peratus daripada tahap 2019,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya