IFS Malaysian Re terima penarafan A - Utusan Malaysia

IFS Malaysian Re terima penarafan A

Malaysian Re mempunyai penimbal modal yang `sangat kuat’ dan prestasi kewangan boleh untung yang konsisten. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fitch Ratings mengesahkan telah memberikan penarafan A kepada kekuatan kewangan penanggung insuran (IFS) Malaysian Reinsurance Berhad (Malaysian Re) dengan unjuran stabil.

Dalam kenyataan akhbarnya Selasa lalu, Fitch berkata, Malaysian Re yang merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad mempunyai penimbal modal yang `sangat kuat’ dan prestasi kewangan boleh untung yang konsisten.

“Ini turut mengambil kira profil perniagaannya yang `sederhana’ berbanding pesaing insuran semulanya yang lain dan cabaran dalam menguruskan ketidaktentuan potensi dalam prestasi penajajaminan, terutamanya dari perniagaan luar negaranya,” katanya.

Menurut Fitch, Malaysian Re juga mempunyai modal berasaskan risiko berperaturan (RBC) yang jauh di atas paras minimum regulatori 130 peratus pada tahun kewangan berakhir Mac 2020 dan pada penghujung September 2020.

Malah, markah syarikat insuran semula itu dalam Model Berasaskan Faktor (FBM) Prism Fitch juga diiktiraf sebagai “kuat”.

“Pulangan ekuiti tahunan Malaysian Re adalah kira-kira 5.3 peratus pada separuh pertama 2021 (tahun kewangan 2020: 5.7 peratus) dan nisbah campurannya adalah 98 peratus dengan purata tiga tahun sebanyak 99 peratus.

“Syarikat tersebut terkesan dengan beberapa tuntutan bersaiz sederhana namun tuntutan berkaitan adalah minimum.

“Syarikat itu sedang mengekalkan keberuntungannya dengan terus mengguna pakai penajajaminan terpilih dan mengawasi keputusan penajajaminan portfolio antarabangsa untuk menyingkir akaun yang tidak menguntungkan,” katanya.

Menurut Fitch, mereka menjangkakan ekonomi yang perlahan akibat pandemik akan memberi tekanan terhadap keuntungan Malaysian Re namun menaruh keyakinan bahawa profil operasi asas syarikat itu akan terus teguh dan prestasi operasinya kembali normal selepas pandemik reda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya