Harga minyak bertahan AS$60 setong - Utusan Malaysia

Harga minyak bertahan AS$60 setong

Cuaca buruk dan kenaikan matawang dolar Amerika Syarikat menyebabkan kejatuahan harga minyak mentah di pasaran global. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Harga mi­nyak mentah pada kedudukan bertahan AS$60 (RM242.36) setong meskipun mengalami kejatuhan dalam sesi awal dagangan pagi semalam, di­sebabkan kenaikan nilai mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).

Harga bahan bakar itu sebelum ini mengalami kenaikan dua hari berturut-turut susulan gangguan bekalan elektrik yang semakin buruk di AS, menyebabkan pengeluaran minyak mentah negara itu terganggu hampir satu pertiga.

Menurut para peniaga dan eksekutif industri, suhu yang sangat sejuk menyebabkan gangguan elektrik di seluruh AS sekali gus mengurangkan pengeluaran kira-kira 3.5 juta tong minyak mentah sehari.

Selain itu, perunding Enegeru Aspects Ltd. memberitahu, lebih tiga juta tong sehari kapasiti penapisan terbiar.

Krisis di antara negara pengeluar minyak terbesar di dunia ialah kenaikan harga global yang mendorong pening­katan permintaan bahan bakar dengan niaga hadapan petrol AS melonjak hampir lima peratus pada Selasa.

Namun begitu, kekurangan permintaan daripada kilang yang terganggu operasi, turut mendorong kontrak hadapan West Texas Intermediate (WTI) turun buat pertama kali dalam tempoh kira-kira sebulan.

Walaupun tidak jelas berapa lama cuaca sejuk di AS akan berterusan, kesannya terhadap harga minyak mentah global mungkin tidak lama.

Minyak mentah kemudiannya didagangkan semula, dengan penawaran dari negara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya. Permintaan meningkat secara beransur-ansur berikutan pelancaran vaksin yang mungkin akan terus menyokong pasaran.

Dalam sesi dagangan semalam, kontrak hadapan WTI susut 33 sen atau 0.6 peratus kepada AS$59.72 (RM241.24) setong selepas mencecah paras tertinggi dalam tempoh 13 bulan kelmarin iaitu AS$60.95 (RM246.01) setong.

Minyak Brent pula turun 40 sen atau 0.6 peratus kepada AS$62.95 (RM254.29) setong, selepas merekodkan keuntu­ngan tiga hari berturut-turut sebelum ini.

Sementara itu, suhu sejuk beku di Rusia juga menyumbang kepada pengurangan pengeluaran minyak mentah global.

Selain Rusia, pengeluaran minyak mentah turut berlaku di Norway akibat tunjuk pera­saan yang memaksa penutupan operasi loji pengeluaran pesisir negara berkenaan. Norway merupakan negara pengeluar minyak dan gas terbesar di barat Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya