Harapan industri penerbangan - Utusan Malaysia

Harapan industri penerbangan

Kerajaan membenarkan rakyat ke luar negara berkuat kuasa esok. – UTUSAN/ASWAD YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengedaran vaksin Covid-19 di seluruh negara bermula pada April dan pelaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik/Aturan Koridor Perjalanan (RGL/TCA) antara Malaysia dan Indonesia dijangka memberikan impak positif kepada pemulihan industri penerbangan negara dalam beberapa bulan akan datang.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata, walaupun data penerbangan masih menunjukkan pengurangan trafik, permintaan terpendam untuk penerbangan bagi tujuan perniagaan, pekerjaan dan pendidikan dilihat wujud.

“Walaupun pergerakan trafik penumpang keseluruhan jatuh bulan lalu, trafik penumpang antarabangsa meningkat kira-kira 25 peratus dari bulan sebelumnya meskipun dengan penutupan sempadan dan langkah kuarantin yang ketat.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memperoleh 97 peratus daripada keseluruhan trafik antarabangsa yang dicatatkan,” kata­nya dalam kenyataan semalam.

Dalam bulan yang sama juga, menurut MAHB, KLIA menyambut penerbangan sulung Starlux Airlines untuk laluan Kuala Lumpur-Taipei yang sekali gus meningkatkan keterhubungan KLIA dalam rantau tersebut.

Laluan dua kali seminggu itu adalah tambahan kepada laluan Taipei-Pulau Pinang Starlux yang bermula awal tahun lalu.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berharap petugas barisan hadapan di lapangan terbang akan menjadi antara kumpulan pertama yang menerima vaksin Covid-19.

Kata beliau, sejak dari awal pandemik melanda pihaknya telah berusaha memastikan standard keselamatan tertinggi di lapangan terbang agar penum­pang boleh mengembara dengan selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya