Bank Islam lancar perkhidmatan MOB - Utusan Malaysia

Bank Islam lancar perkhidmatan MOB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah melancarkan saluran pendaftaran mudah alih (MOB) untuk pelanggan runcit de­ngan menyediakan perkhidmatan pembukaan akaun lengkap termasuk pengeluaran kad debit serta-merta melalui janji temu.

Perkhidmatan perbankan depan pintu melalui MOB yang menggunakan peranti tablet dengan perisian khusus, membolehkan pembukaan beberapa jenis produk Akaun Semasa dan Akaun Simpanan serta Akaun Pelaburan. Ia bertujuan memberikan kemudahan dan fleksibiliti kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, perkhidmatan perbankan depan pintu itu selamat dan menyenangkan apabila transaksi perbankan dilakukan dengan keberadaan kakitangan mengikut ruang dan waktu kelapangan pelanggan sendiri.

“Sebagai sebuah bank yang menekankan inovasi dan ke­selesaan, kami berhasrat untuk meningkatkan pengalaman pe­langgan dan memastikan produk dan perkhidmatan Bank Islam seiring dengan trend dan keperluan semasa.

“Pengenalan MOB ini tepat pada masanya kerana COVID-19 tidak hanya menyukarkan pergerakan orang ramai tetapi juga meningkatkan keperluan kami untuk beralih ke perkhidmatan perbankan inovatif yang cekap dan menjamin keselamatan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan.

Proses pembukaan akaun menggunakan MOB hanya akan mengambil masa enam minit termasuk penyediaan kad debit dan tiada sebarang caj dikenakan.

Perkhidmatan hanya dengan janji temu ini tersedia di seluruh negara dari 9 pagi hingga 10 malam setiap hari melalui pautan vao.bankislam.com.my/sales/, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya