Arsalaan CEO baharu Al Rajhi Bank Malaysia - Utusan Malaysia

Arsalaan CEO baharu Al Rajhi Bank Malaysia

ARSALAAN AHMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Al Rajhi Banking & Investment Corp. (M) Bhd. (Al Rajhi Bank Malaysia) mengumumkan pelantikan Arsalaan Ahmed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.

Assalaan menggantikan Steve Chen yang menamatkan perkhidmatan beliau di bank berkenaan selepas kontraknya berakhir pada November lalu. Jawatan CEO sebelum ini dipangku oleh Ketua Pegawai Operasi, Zarir Mohd. Rawi.

Al Rajhi merupakan anak syarikat milik penuh bank Islam terbesar di dunia dari segi aset, Al Rajhi Bank Arab Saudi (KSA).

Menurut Al Rajhi, Arsalaan yang dikenali sebagai Oz, merupakan tokoh dikenali dalam industi perbankan dan kewangan Islam.

Beliau mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam perbankan runcit, korporat, pelaburan dan pasaran.

“Beliau dianugerahkan anugerah industri global untuk Islamic Banker of the Year pada 2018 daripada The Asset,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum menyertai Al Rajhi, Arsalaan merupakan CEO HSBC Amanah Berhad dan pernah memegang jawatan kanan di beberapa bank di Eropah, Asia Barat dan Asia.

“Dengan pelantikan Arsalaan, Al Rajhi Bank KSA berharap dapat memberikan kepemimpinan baharu untuk melaksanakan strateginya dengan jayanya dan memanfaatkan peluang pasaran untuk
mengembangkan perniagaan perbankan Islamnya di Malaysia serta memanfaatkan kekuatannya sebagai satu daripada bank terbesar di dunia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya