2.6 juta dijangka hilang kerja di UK - Utusan Malaysia

2.6 juta dijangka hilang kerja di UK

Ekonomi United Kingdom dilaporkan terus merudum disebabkan pandemik Covid-19 menyebabkan lebih ramai rakyatnya bakal kehilangan pekerjaan pada masa hadapan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kira-kira 2.6 juta orang di United Kingdom (UK), atau lapan peratus pekerja, dijangka kehilangan kerja dalam masa tiga bulan susulan kesan pandemik covid-19 yang melumpuhkan ekonomi, menurut satu tinjauan.

Resolution Foundation memberitahu, angka tersebut terma­suk orang yang telah diberitahu bahawa mereka akan diberhentikan kerja, merangkumi orang muda dan berpendapatan te­rendah mempunyai risiko besar untuk diberhentikan.

Kajian yang dijalankan mendapati, kira-kira dua juta orang sedang menganggur atau dikenakan cuti tanpa bayar pada enam bulan terakhir.

Bagaimanapun, penemuan itu meramalkan bahawa ekonomi dan kebanyakan pekerjaan akan pulih semula setelah sekatan perjalanan ditamatkan.

Perdana Menteri Boris Johnson berharap, program vaksinasi yang cepat akan memboleh­kan kedai, restoran dan bar dibuka semula pada musim panas sekali gus mengembalikan pekerjaan kepada mereka yang sedang menganggur.

“Walaupun prospek ekonomi UK kelihatan bertambah baik, jaminan pekerjaan masih tidak dapat dipastikan, terutamanya buat mereka yang telah menghabiskan masa yang lama tidak bekerja atau kini sedang dikenakan cuti tanpa gaji,” jelas ahli ekonomi di Resolution Foundation, Nye Committing.

Pembuat dasar bank di England, Michael Saunders berpendapat, Canselor Exchequer Rishi Sunak harus menyokong pekerja secara agresif ketika dunia sedang dilanda pandemik, seperti dalam penyata belanjawannya 3 Mac lalu.

“Bank Pusat meramalkan pengangguran akan meningkat dari lima peratus kepada 7.8 peratus pada suku ketiga, menjadikan jumlah pengangguran 2.7 juta orang.

“Awal minggu ini, Institut Kajian Fiskal mengesyorkan Sunak untuk kurangkan program cuti tanpa gaji, yang akan berakhir pada April, memberi syarikat masa untuk menyesuaikan diri dengan realiti ekonomi baharu.

“Analisis Resolusi mengira hampir dua juta pekerja yang menganggur atau dikenakan cuti tanpa gaji selama enam bulan sehingga Januari. Mereka tetap tidak mempunyai pekerjaan pada September, Oktober dan beberapa hari dalam Disember ketika sekatan perjalanan dilonggarkan,” katanya.

Hasil tinjauan yayasan itu mencatatkan hampir 6,000 orang berusia 18 hingga 65 tahun yang terpaksa mengalami situasi itu.

Sekatan perjalanan telah berkuat kuasa sepenuhnya pada Januari, memaksa semua restoran, bar dan kedai yang tidak penting ditutup.

Menurut laporan itu, kira-kira 4.5 juta orang dikenakan cuti tanpa gaji pada bulan lalu. Orang-orang tidak bekerja dalam tempoh yang lama berisiko hilang kemahiran dan hilang pertumbuhan pendapatan.

Bagi mereka yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama enam bulan terakhir, 21 peratus harus bersiap sedia untuk menerima notis pemberhentian kerja. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya