132 terima anugerah Putra Brand - Utusan Malaysia

132 terima anugerah Putra Brand

Johnny Mun (kanan) bersama Timbalannya, Ryusuke Oda menunjukkan anugerah Putra Brand 2020 yang diberikan kepada jenama kegemaran rakyat Malaysia sepanjang tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anugerah Putra Brand telah menyambut edisi ke-11 dengan memberi 135 anugerah dalam 32 kategori kepada 132 jenama kegemaran rakyat Malaysia.

Anugerah yang dianjurkan oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) itu telah menyampaikan 23 anugerah Platinum, 33 anugerah Emas, 27 Perak dan 49 Gangsa serta tiga anugerah khas.

Pengerusi Penganjur Putra Brand Awards 2020, Datuk Johnny Mun berkata, walaupun tidak dapat melakukan perhimpunan besar berikutan pandemik Covid-19, pihaknya sangat gembira apabila orang ramai masih ingin mengambil bahagian dalam anugerah yang tidak boleh dibeli dengan wang itu.

“Dengan lebih daripada 18,000 undian untuk 400 jenama yang dipilih oleh hampir 6,000 pengguna, keputusannya telah diperakui oleh IPSOS yang merupakan agensi penyelidikan global terbesar.

“Jenama yang berjaya membuat kehadiran secara berterusan, sama ada melalui usaha pemasaran, komunikasi atau tanggungjawab sosial korporat (CSR), pasti akan kekal berjaya selepas musibah yang melanda dunia ini berakhir,” katanya dalam satu kenyataan.

Anugerah Platinum telah diberikan kepada jenama, Uniqlo, Toyota, Petronas, Tiger Beer Milo, Yakult, DiGi, Universiti Antarabangsa UNITAR, Maybank, Gardenia, Panadol, Sunlight, Ikea, Samsung, Astro, Golden Screen Cinemas, Panasonic, Dettol, Sime Darby Property, 7-Eleven, McDonald’s, dan Malaysia Airlines.

Sementara itu, Universiti Antarabangsa UNITAR turut menerima anugerah Putra Most Enterprising Brand, manakala Malaysia Airlines (Ikon Jenama Putra) dan Gardenia (Jenama Putra Terbaik tahun ini).

Presiden 4As, Andrew Lee berkata, keadaan buruk tidak akan kekal selamanya dan pilihan pelanggan kembali apabila permintaan pengguna meningkat.

“Oleh itu, jenama-jenama harus teruk mempromosikan produknya hari ini jika mahu dikenang pada keesokan hari,” katanya.

Dilancarkan pada 2010, Anugerah Putra Brand disokong oleh Malaysian Advertisers Association, Media Specialists Association, Malaysian Digital Association dan disahkan oleh Brand Champion Partner serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya