Wong Chee Kin Presiden, CEO baharu CIMB Thailand - Utusan Malaysia

Wong Chee Kin Presiden, CEO baharu CIMB Thailand

Paul Wong Chee Kin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: CIMB Group mengumumkan pelantikan Paul Wong Chee Kin sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Thailand baharu berkuat kuasa 1 Februari ini.

Beliau akan menggantikan Sutee Losoponkul yang sebelum ini memangku jawatan berkenaan sejak September 2020 berikutan pengunduran Adison Sermchaiwong.

Menurut CIMB Group, Sutee akan kekal bersama CIMB Thailand dan meneruskan peranan beliau sebagai Penasihat kepada Presiden dan CEO sehingga 31 Disember 2021.

“Pelantikan tersebut telah mendapat kelulusan daripada Bank of Thailand,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, Wong Chee Kin ketika ini merupakan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan CIMB Group yang bertanggungjawab mengawasi semua aktiviti bank berkenaan membabitkan pembayaran, pendigitalan, strategi, perkhidmatan pelanggan dan proses penambahbaikan.

Beliau mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam perbankan dan kewangan di rantau ASEAN, memulakan kerjaya bersama CIMB Group pada 2007 sebagai Naib Presiden Kanan, Ketua Pengurusan Jualan, Jualan Pelanggan dan Pengedaran di CIMB Bank Berhad.

Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kumpulan termasuk di Filipina dan Singapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN