Wan Enderi Pengurus Besar baharu Movenpick Hotel KLIA - Utusan Malaysia

Wan Enderi Pengurus Besar baharu Movenpick Hotel KLIA

Wan Enderi Mohd. Saad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pelantikan Wan Enderi Mohd. Saad sebagai Pengurus Besar baharu Movenpick Hotel & Convention Centre (MHCC) KLIA berkuat kuasa 4 Januari lalu.

Menurut TH, Wan Enderi mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri perhotelan serta hospitaliti.

Sepanjang kerjanya, beliau pernah bertugas di beberapa hotel terkemuka dalam dan luar negara.

“Pemegang `Executive MBA of Entrepreneur Hospitality & Tourism Administration & Management’ ini memulakan kerjaya sebagai Pegawai Khidmat Tetamu sebelum menyandang jawatan Pengurus Besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Wan Enderi menyertai Kumpulan Accor pada 2011 sebagai Pengarah Operasi Bilik di Pullman Putrajaya Lakeside, sebelum dilantik sebagai Penolong Pengurus Eksekutif di Ibis Style KL Fraser Park dua tahun kemudian.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Besar di Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah yang juga di bawah naungan Kumpulan Accor.

Wan Enderi kemudiannya meninggalkan Kumpulan Accor untuk menyertai E&O Residences, Kuala Lumpur sebagai Pengurus Hotel sebelum berpindah ke Thailand sebagai Pengurus Besar Impiana Resort di Koh Samui dan kembali menyertai Kumpulan Accor.

Mengulas pelantikannya, Wan Enderi berharap dapat memartabatkan lagi industri perhotelan dan hospitaliti negara.

“Saya juga akan berusaha untuk memberikan pengalaman serta perkhidmatan yang terbaik kepada semua tetamu kami dan meletakkan Movenpick Hotel KLIA di dalam kelas yang tersendiri,” tambah beliau.

Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA terletak di kawasan seluas 7.2 hektar yang menampilkan kehijauan, kolam reflektif dan sungai, hanya beberapa minit dari KLIA.

Dimiliki oleh TH, hotel mesra muslim itu mempunyai 333 bilik dan suite, ruang eksekutif dan enam kedai makan.

Kemudahan rekreasi yang berasingan ditawarkan untuk tetamu wanita, termasuk kolam renang, gimnasium dan kemudahan spa.

Hotel ini juga menawarkan 17 ruang mesyuarat yang moden, sebuah dewan utama yang mampu memuatkan seramai 2,500 orang, kolam renang kanak-kanak, taman permainan dan gelanggang tenis.

Ia turut menyediakan pusat konvensyen yang sesuai untuk acara, pameran dan konvensyen antarabangsa berskala besar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya