Untung Hartalega naik 728 peratus - Utusan Malaysia

Untung Hartalega naik 728 peratus

HARTALEGA mencatatkan keuntungan selepas cukai lebih tinggi berjumlah RM32 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2024.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hartalega Holdings Berhad mencatatkan rekod baharu bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2020 iaitu keutungan selepas cukai sebanyak RM1.01 bilion.

Ia merupakan peningkatan ketara sebanyak 728 peratus berbanding RM122 juta yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya.

Untung sebelum cukai pengeluar sarung tangan tersebut bagi suku ketiga pula berjumlah RM1.35 bilion manakala hasil melonjak kepada RM2.13 bilion.

Menurut Hartalega dalam kenyataan, bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Disember 2020, syarikat tersebut mencatatkan untung selepas cukai sebanyak RM1.78 bilion, melonjak tinggi berbanding RM320 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, untung sebelum cukai pula mencecah RM2.30 bilion manakala pendapatan merekodkan jumlah RM4.40 bilion.

“Prestasi Kumpulan dipacu oleh hasil jualan lebih tinggi yang diraih daripada jumlah jualan dan harga jualan purata yang lebih tinggi.

“Pencapaian ini turut disokong oleh penurunan kos tenaga elektrik dan penyelenggaraan hasil daripada usaha berterusan dalam meningkatkan kecekapan pengeluaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega, Kuan Mun Leong berkata, permintaan bagi bekalan perubatan seperti sarung tangan tidak menunjukkan sebarang penurunan memandangkan impak pandemik Covid-19 masih kelihatan.

Katanya, permintaan juga dijangka meningkat ekoran penggunaan sarung tangan lebih tinggi terutama dalam pasaran yang berkembang disebabkan tahap kesedaran lebih tinggi tentang kebersihan.

“Walaupun negara berhadapan dengan cabaran bilangan kes positif yang tinggi, kami turut sedar akan tanggungjawab kami untuk menyediakan bekalan sarung tangan kepada petugas barisan hadapan seluruh dunia tanpa sebarang gangguan.

“Pada masa sama, kami akan terus memastikan kebajikan semua Hartanian sentiasa diutamakan dalam apa jua situasi,” katanya.

Berasaskan prestasi cemerlang Kumpulan, Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 9.65 sen sesaham seperingkat bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya