Tawaran pengambilalihan FGV sehingga 2 Februari - Utusan Malaysia

Tawaran pengambilalihan FGV sehingga 2 Februari

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Felda telah memberi dokumen tawaran berhubung pengambilalihan mandatori tanpa syarat bagi semua saham biasa dalam FGV Holdings Bhd. yang tidak dimilikinya kecuali saham perbendaharaan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, tawaran tunai sebanyak RM1.30 sesaham oleh Felda akan dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang, 2 Februari 2021.

“Tawaran itu dibuka melainkan terdapat lanjutan atau semakan dengan pengumuman akan dilakukan Maybank Investment Bank Bhd. (Maybank IB), dua hari sebelum tarikh tutup tawaran tersebut,” katanya dalam makluman berkenaan.

Maybank IB adalah penasihat utama Felda bagi dokumen tawaran tersebut.

Menurut Felda, pekeliling penasihat bebas akan dikeluarkan pada 22 Januari 2021.

Katanya, tawaran itu juga akan memberi peluang kepada Felda untuk meningkatkan pegangannya dan mengukuhkan kawalan dalam FGV.

“Felda tidak berhasrat untuk mengekalkan penyenaraian FGV dalam pasaran utama Bursa Securities.

“Selepas tawaran ini dimuktamadkan, Felda akan meneruskan perniagaan FGV dalam perladangan minyak sawit dan aktiviti berkaitan hiliran termasuk penapisan gula, pembuatan dan logistik,” katanya.

Pada 8 Disember lalu, Felda yang memiliki 21.24 peratus dalam FGV berhasrat mengambil alih kepentingan sebanyak 13.88 peratus atau 506,190,800 saham dengan nilai sebanyak RM658 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya