Tawar pembiayaan RM100 juta - Utusan Malaysia

Tawar pembiayaan RM100 juta

Sulaiman Mohd. Tahir (kiri) dan Vincent Pung menunjukkan dokumen memorandum persefahaman yang ditandatangani pada majlis secara maya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: AmBank dan Sabah Development Bank Bhd. (SDB) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sabah dengan menawarkan pembiayaan bernilai RM100 juta.

Ia merupakan sebahagian daripada Skim Jaminan PKS Sabah susulan golongan tersebut antara yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank Group, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, kerjasama AmBank dan SDB menunjukkan komitmen mereka dalam memupuk dan mempromosikan pertumbuhan PKS.

“Melalui inisiatif ini, kami menawarkan pembiayaan buat setiap peminjam dengan harapan dapat membantu PKS di Sabah mengharungi kesan wabak itu.

“PKS di Sabah boleh memohon pembiayaan itu pada suku pertama tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar yang dilakukan secara maya semalam.

Ketua Pegawai Operasi SDB, Datuk Vincent Pung pula menjelaskan, kerjasama itu merupakan pelengkap inisiatif kerajaan Persekutuan dan negeri untuk menyokong sektor ekonomi yang sangat penting.

“PKS memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi negara dari segi sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan peluang pekerjaan.

“Kami berterima kasih kepada AmBank kerana mengambil inisiatif membangunkan skim itu,” jelasnya.

Skim Jaminan PKS Sabah merupakan kemudahan pembiayaan yang dirancang dengan objektif untuk menyediakan modal kerja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya