Selangor E-Bazar CNY dilancar - Utusan Malaysia

Selangor E-Bazar CNY dilancar

Invest Selangor dan SIDEC Sdn. Bhd. bekerjasama menganjurkan Selangor E-Bazar sempena Tahun Baru Cina untuk menggalakkan digitalisasi dalam kalangan PKS. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan nege­ri Selangor akan melancarkan kempen Selangor E-Bazar Tahun Baharu Cina (CNY) bermula 1 Februari hingga 7 Mac 2021.

Kerajaan negeri akan menya­lurkan RM2 juta dalam bentuk baucar kepada platform jualan atas talian Shopee dan Lazada.

Exco Industri dan Perdaga­ngan YB Datuk Teng Chang Khim berkata, kempen tersebut bertujuan membantu perusahaan kecil dan mikro (PKS) menerapkan digitalisasi dalam perniagaan mereka untuk terus bertahan dalam situasi ekonomi yang mencabar kerana pandemik Covid-19.

“Walaupun kita perlu mengamalkan penjarakan sosial untuk memutuskan rantaian Covid-19, kita tidak seharusnya melupakan hubungan kita bersama keluarga dan sahabat.

“Kempen Selangor E-Bazar CNY menyediakan platform yang selamat untuk keluarga dan rakan-rakan berbincang mengenai makanan dan barang perayaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, walaupun tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut perayaan pada tahun ini, membeli hadiah melalui platform tersebut mampu menunjukkan rasa kasih sayang kepada keluarga dan rakan-rakan.

Kempen yang diselaraskan bersama Invest Selangor Berhad dan Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC) Sdn. Bhd. itu menyasarkan penyertaan 25,000 PKS serta perniagaan mikro, termasuk 12,500 penjual baharu.

Menurut Teng Chang, sebelum ini dua kempen Selangor E-Bazar, PKS telah menghasilkan kesan riak sebanyak RM1.39 bilion melalui jualan terus seba­nyak RM43.76 juta dari baucar bernilai RM3 juta oleh kerajaan negeri Selangor.

“Itu membuktikan bahawa agenda ekonomi digital kerajaan negeri telah membantu para peniaga menjana pendapatan lebih banyak secara dalam talian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya