Proton tingkat jualan eksport 2021 - Utusan Malaysia

Proton tingkat jualan eksport 2021

X50 merupakan antara model terlaris Proton di pasaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

motif negara, Proton Holdings Berhad (Proton) menyasarkan pertumbuhan jualan eksport pada tahun ini selepas berjaya mengatasi cabaran yang di­timbulkan oleh wabak Co­vid-19 dan melancarkan model ken­deraan utiliti sukan (SUV) ke­duanya, X50.

Menurut Proton, aktiviti seperti permulaan operasi pemasangan tempatan (CKD) di Kenya dan pelancaran X70 di Pakistan pada bulan lalu, telah menyumbang kepada pertumbuhan jualan eksport sebanyak 50 peratus tahun lalu, berban­ding pertumbuhan 8.8 peratus jualan pasaran domestik.

Bagi tahun ini jelasnya, syarikat telah menetapkan sasaran mencabar iaitu untuk menggandakan penjualan eksport berbanding 2020, dengan mengandaikan aktiviti eksport tidak terjejas akibat sekatan pengawalan Covid-19.

“Model yang akan digunakan untuk memimpin penambahan jualan adalah Proton Saga, model terlaris Proton serta X70 dan X50 yang akan diperkenalkan ke lebih pasaran antarabangsa secara beransur-ansur,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah Proton, pasaran eksport adalah penting untuk mencapai matlamat jangka panjang untuk menjadi sebagai jenama automotif tiga teratas di ASEAN daripada segi jualan.

Jelasnya, walaupun mendahului jualan di pasaran tempatan tetap menjadi matlamat utama, namun syarikat mengakui ia perlu menambah jualan antarabangsa.

Tambahnya, pengemba­ngan Proton ke luar negara akan dipimpin Pengarah Jualan Antarabangsa, Steven Xu.

Sementara itu, Steven ber­kata, rancangan penambahan mendadak (jualan) pada tahun lalu telah terjejas akibat Covid-19.

“Walau bagaimanapun, ka­mi berjaya menambah jualan eksport dan menebus pasaran baharu seperti Kenya serta me­lancarkan Proton X50 di Brunei hanya dua bulan selepas ia dilancarkan di Malaysia dan ini memberi dorongan positif untuk usaha kami tahun ini,” katanya.

Tambah beliau, Proton Saga tetap menjadi model popular di banyak negara kerana ketahanan, kepraktisan dan harga yang memberi nilai wang tinggi, tetapi untuk menaikkan taraf jenama, adalah penting bagi X70 dan X50 turut dieksport.

“Kedua-dua model ini dapat mempamerkan kebolehan Proton dan ini akan membantu membuka jalan bagi model kami yang lain pada masa hadapan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah pula berkata, walaupun jenama Proton sudah berusia lebih 35 tahun dan mempunyai pengiktirafan yang kuat dari aktiviti eksport dahulu dan penyertaan dalam sukan permotoran antarabangsa, namun produk Proton tidak boleh didapati di banyak pasaran antarbangsa.

“Produk baharu kami yang dikemas kini dan dikemba­ngan bersama Geely mempersembahkan peluang untuk mengubah naratif ini dan kami optimis ia akan menerima sambutan yang jebat di banyak pasaran baharu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya