Port Johor kendali lebih 1 juta TEU - Utusan Malaysia

Port Johor kendali lebih 1 juta TEU

Johor Port memiliki kelebihan tersendiri iaitu kedudukan strategik sebagai Hab Komoditi Serantau utama menghubungkan ASEAN dengan rantau Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Catat prestasi cemerlang pengendalian kontena

KUALA LUMPUR: Johor Port Berhad (Johor Port), ahli kumpulan MMC, mengakhiri 2020 dengan prestasi cemerlang apabila mencatat pengendalian kontena melepasi 1 juta TEU (unit bersamaan 20 kaki).

Ketua Pegawai Eksekutif, Johor Port Berhad, Md Derick Basir berkata, walaupun berdepan situasi pandemik Covid-19 serta kekurangan kontena di Malaysia, Johor Port masih dapat mengembangkan perniagaannya dengan berkesan.

“Kami gembira apabila berjaya melepasi satu juta pengendalian kontena untuk tahun lepas.

“Pada suku pertama 2020, Johor Port mempunyai prestasi yang luar biasa dengan pertumbuhan tahun-ke-tahun sebanyak enam peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Namun, katanya, penularan Covid-19 telah mempengaruhi perniagaan pelabuhan selama tiga bulan berturut-turut.

Bagaimanapun, dengan pembukaan semula industri pada 4 Mei 2020, jumlah kendalian eksport mendapat rentaknya semula apabila pengilang meningkatkan pengeluaran mereka mengikut kehendak pasaran.

Mengulas lanjut, Md Derick berkata, peningkatan jumlah kendalian eksport dan import didorong oleh peningkatan kargo eksport dan import dari sektor perindustrian sekitar Johor.

Beliau memberitahu, Johor Port berjaya membuat empat perkhidmatan baharu pada tahun lalu terutama ke rantau Asia, selain berjaya menarik syarikat perkapalan untuk menambah perkhidmatan baharu bagi muatan jarak pendek.

Katanya, selain perniagaan tradisional eskport dan import, Johor Port juga menerima panggilan ad-hoc dan mini transhipment yang membawa kepada peningkatan jumlah tambahan ke Terminal.

“Peningkatan operasi telah menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan di lapangan kontena.

“Gerakan Kasar Per Jam (GMPH) meningkat kepada 22 kren Gerakan Per Jam berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu 20 pergerakan kren sejam.

“K­­­ami menjangkakan tempoh pemulihan yang panjang antara enam bulan hingga satu tahun. Johor Port tetap komited memastikan kesinambungan perniagaan dan Pelabuhan dapat diuruskan dengan baik sepanjang masa yang tidak stabil ini,” tambahnya.

Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNCTAD) meramalkan pertumbuhan perdagangan maritim akan kembali positif dan berkembang sebanyak 4.8 peratus pada 2021.

Di sebalik ketidakpastian ekonomi, Johor Port memiliki kelebihannya tersendiri iaitu posisi strategik sebagai Hab Komoditi Serantau utama menghubungkan ASEAN dengan rantau Asia.

Johor Port juga terus berada di kedudukannya sebagai gerbang utama ke rantau Asia Pasifik dengan panggilan terus ke destinasi rantau Asia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya