Peruntukan PSU 3.0 ditambah RM500 juta - Utusan Malaysia

Peruntukan PSU 3.0 ditambah RM500 juta

Desakan kewangan akibat kemelut ekonomi dan Covid-19 memaksa orang ramai memohon pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) untuk menampung kos hidup. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Program Subsidi Upah 3.0 (PSU 3.0) di bawah pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) menerima peruntukan tambahan RM500 juta menjadikannya RM1.5 bilion.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, peruntukan terkini program tersebut tahun ini berjumlah RM3 bilion.

Kata beliau, peruntukan terbaharu itu adalah tambahan kepada RM1.5 bilion yang diumumkan semasa pembenta­ngan Belanjawan 2021.

Beliau memberitahu, ini bermakna PSU yang diperkenalkan kerajaan bagi 2020 dan 2021 secara keseluruhannya bernilai RM20.7 bilion.

“Ada yang mengeluh PSU 3.0 yang ditambah baik melalui Permai tidak mencukupi. Saya ingin mengulangi bahawa langkah PSU 3.0 ini perlu dilihat bersama bantuan-bantuan lain dan tidak patut dilihat secara bersendirian.

“Selain jumlah RM3 bilion di bawah PSU 3.0, kerajaan juga memperuntukkan RM3.7 bilion bagi program penjanaan pekerjaan di bawah Belanjawan 2021 yang baru bermula.

“Ia merangkumi program insentif pengambilan pekerja bagi majikan dan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan Laksana Ke-38 Pelaksanaan Belanjawan 2021, Permai, Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), semalam.

Tengku Zafrul turut mengumumkan suntikan dana tambahan berjumlah RM150 juta bagi Geran Khas Prihatin Permai (GKP Permai) menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM800 juta.

Katanya, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang telah menerima GKP sebelum ini tidak perlu mendaftar semula dan bantuan RM1,000 akan terus dikreditkan ke dalam akaun.

“Kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM2.55 bilion kepada PKS mikro melalui program GKP dan GKP 2.0.

“Dengan GKP Permai, jumlah keseluruhan yang telah atau akan disalurkan kepada rakyat adalah RM3.35 bilion, hanya untuk langkah GKP,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya