Pasaran minyak hilang nilai 20 peratus - Utusan Malaysia

Pasaran minyak hilang nilai 20 peratus

Penularan Covid-19 yang menjejaskan ekonomi dan pasaran minyak global, menyebabkan industri kehilangan kira-kira satu perlima daripada nilainya. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pasaran minyak mentah global telah kehila­ngan kira-kira satu perlima daripada nilainya tahun ini dengan sekatan pergerakan ketat telah melumpuhkan kebanyakan ekonomi global.

Namun begitu, menurut laporan Reuters, harga minyak mentah telah kembali pulih dengan kukuh selepas kerajaan seluruh dunia mengumumkan lebih banyak pakej rangsa­ngan.

Pada awal sesi dagangan hari terakhir tahun 2020 semalam, Brent turun sebanyak 18 sen atau 0.4 peratus pada kadar AS$51.45 (RM207.70) setong manakala West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (AS) pula susut 0.1 peratus atau lima sen kepada AS$48.35 (RM195.19) setong.

Brent dan WTI telah melonjak lebih dua kali ganda daripada harga terendah dalam dekat ini pada bulan April.

Ia juga sekali gus meninggalkan 2020 yang telah me­nyaksikan harga negatif pertama WTI dan mengejutkan pelabur seluruh di dunia.

Saham Asia dijangka meng­akhiri 2020 dengan baik menghampiri paras tertinggi sementara mata wang berisiko turut melonjak pada kadar terbaik dalam tempoh dua tahun setengah di pacu harapan bahawa pelancaran vaksin Co­vid-19 akan membantu dunia mengatasi wabak tersebut.

Dalam jangka masa pendek, kebimbangan mengenai sekatan pergerakan disebabkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 akan turut menyekat keuntungan.

Varian baharu virus tersebut di United Kingdom (UK) telah menyebabkan pengembalian sekatan pergerakan menyekat permintaan jangka pendek dan harga.

Peningkatan kadar jangkitan Covid-19 dan rawatan di hospital turut dapat disaksikan di beberapa bahagian Eropah dan Afrika.

Dari segi penawaran, syarikat tenaga AS telah berjaya menambah tiga pelantar mi­nyak dan gas asli, sekali gus menyaksikan suku terbaik peningkatan jumlah pelantar sejak suku kedua 2017, berdasarkan kepada data Baker Hughes.

Mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya termasuk Rusia pada 4 Januari ini pula akan membincangkan peningkatan pengeluaran sebanyak 500,000 tong sehari pada bulan Januari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya