MSM diunjur RM3,217 setan - Utusan Malaysia

MSM diunjur RM3,217 setan

Peningkatan harga minyak sawit mentah bakal meningkatkan pendapatan peneroka, estet dan ekonomi negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) Malaysia dianggarkan berlegar pada purata RM3,217 bagi setiap tan tahun ini sebahagian besarnya dipacu oleh unjuran peningkatan permintaan dari India. 

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Datuk Dr. S. Kalyana memberitahu unjuran tersebut lebih tinggi berbanding harga purata pada tahun lalu iaitu RM2,700 satu tan. 

Walau bagaimanapun, Kalyana berkata, harga minyak sawit akan terus kekal pada tahap semasa dalam suku pertama tahun ini dengan purata sebanyak RM3,650 satu tan. 

“Berdasarkan tinjauan, harga MSM dijangka berlegar antara RM3,100 hingga RM3,350 satu tan pada tahun ini dengan harga penghantaran pada bulan Januari 2021 telah mencapai 3,800 satu tan. 

“Walaupun cukai eksport MSM telah dilaksanakan semula bermula bulan ini, harga akan kekal tinggi disebabkan kebimbangan kekurangan bekalan akibat musim hujan lebat pada bulan ini sehingga Mac,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam Seminar & Pameran Perdagangan Minyak Sawit (POTS) 2021 anjuran MPOC secara maya, hari ini. 

Seminar dan pameran tersebut dirasmikan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali. 

Dalam pada itu, Kalyana turut memberitahu, pengeluaran keseluruhan minyak sawit negara dijangka meningkat sebanyak 200,000 tan kepada 19.6 juta tan tahun ini berbanding 19.4 juta tan tahun lalu. 

Namun begitu, unjuran tersebut masih kurang berbanding pengeluaran yang direkodkan pada tahun 2019 yang mencecah 19.8 juta tan. 

Beliau berkata, eksport minyak sawit pula dijangka melonjak 500,000 tan kepada 4.5 juta tan berbanding 3.67 juta tan tahun lalu. 

“India, Belanda, Kenya, Itali dan Sepanyol merupakan antara pasaran utama minyak sawit dengan permintaan ke India dijangka terus mengukuh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya