Limpahan air Empangan Tasik Kenyir prosedur lazim - Utusan Malaysia

Limpahan air Empangan Tasik Kenyir prosedur lazim

Air tadahan di Empangan Tasik Kenyir. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai agar tidak panik berikutan pengeluaran air melalui alur limpah Empangan Tasik Kenyir kerana ia adalah proses operasi
biasa sesebuah empangan.

Menurut Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn. Bhd., Datuk Nor Azman Mufti, apabila air empangan di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud itu melepasi paras 145 meter, ia akan melimpah melalui alur limpah tidak berpintu.

Katanya, limpahan tersebut tiada kaitan dengan pembukaan pintu empangan kerana tiada pintu di empangan tersebut.

“Empangan tersebut mampu menampung air tasik umpama tangki takungan yang sangat besar dan berfungsi sebagai tebatan banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nor Azman berkata, air Empangan Kenyir yang keluar melalui alur limpah tidak berpintu itu bukanlah pertama kali berlaku, malah ia adalah kali ke-11 sejak Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud beroperasi pada 1985.

Jelas beliau, faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah air empangan adalah taburan hujan luar biasa tinggi, berjumlah 400 milimeter (mm) sejak 12 jam lalu.

“Kesemua empat unit penjanaan di stesen jana elektrik itu beroperasi pada kapasiti penuh 400MW bagi memastikan paras air tasik dan integriti empangan dalam keadaan terkawal,” katanya.

Tasik Kenyir yang berkeluasan 370 kilometer persegi mula dibina pada 1978. Kawasan tadahannya berkeluasan 1,260 kilometer persegi merangkumi tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya