Lebihan dagangan RM184.8 bilion - Utusan Malaysia

Lebihan dagangan RM184.8 bilion

PENINGKATAN eksport disumbangkan terutama oleh eksport yang lebih tinggi antaranya ke Singapura. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM184.8 bilion pada tahun lalu, meningkat 26.9 peratus daripada tahun sebelumnya.

Lebih dagangan itu adalah yang terbesar pernah dicatatkan setakat ini.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, jumlah dagangan Malaysia pada 2020 mencapai RM1.8 trilion dengan eksport sahaja berjumlah RM981 bilion berbanding import RM796.2 bilion.

Beliau berkata, jumlah daga­ngan itu bagaimanapun susut 3.6 peratus tahun ke tahun, dengan eksport turun 1.4 peratus seiring dengan permintaan global yang lemah dan keada­an ekonomi luaran yang tidak memberangsangkan akibat Co­vid-19.

Katanya, jumlah import negara juga turun sebanyak 6.3 peratus atau RM53.2 bilion.

Tambah beliau, jumlah eksport negara pada Disember lalu mencatatkan nilai bulanan ter­tinggi berjumlah RM95.7 bilion, meningkat 10.8 peratus berban­ding bulan sama 2019, melebihi pertumbuhan import selama lapan bulan berturut-turut.

“Eksport Malaysia meneruskan momentum positif pada Disember 2020. Peningkatan eksport disokong oleh eksport semula dan eksport domestik.

“Eksport semula berjumlah RM17.6 bilion menyumbang 18.4 peratus kepada jumlah eksport, meningkat 22.9 peratus. Sementara itu, eksport domestik bernilai RM78.1 bilion meningkat 8.3 peratus tahun ke tahun.

“Lebihan dagangan meningkat 64.9 peratus kepada RM20.7 bilion tahun ke tahun. Jumlah dagangan pada Disember 2020, berjumlah RM170.8 bilion me­ningkat 6.5 peratus berbanding Disember 2019,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd. Uzir berkata, peningkatan tersebut didorong oleh eksport yang lebih tinggi ke Singapura, meningkat RM2.2 bilion diikuti China (RM1.9 bilion), Amerika Syarikat (RM1.7 bilion), India (RM1.62 bili­on), Hong Kong (RM1.6 bilion) dan Kesatuan Eropah (RM988.1 juta).

Beliau berkata, kenaikan import pula terutama dari China sebanyak RM21 bilion, diikuti India (RM772.9 juta), Hong Kong (RM18.7 juta) dan Taiwan (RM466 juta).

Katanya, eksport suku keempat 2020 juga meningkat seba­nyak 51 peratus daripada RM258.2 bi­lion pada suku sama 2019 kepada RM271.5 bilion.

“Walau bagaimanapun, import pada S4 2020 susut 4.5 peratus daripada RM221.4 bilion pada S4 2019 kepada RM211.6 bilion, menghasilkan lebihan dagangan RM483.0 bilion (0.7 peratus),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya