Inix mulakan proses pengeluaran tambahan sarung tangan - Utusan Malaysia

Inix mulakan proses pengeluaran tambahan sarung tangan

K. Siva Kumar (dua dari kiri) ketika majlis menandatangani perjanjian dengan L&S Glove, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Inix Glove Manufacturing Sdn. Bhd. (Inix Glove) menandatangani perjanjian pajakan 10 tahun yang tertakluk kepada pilihan pembaharuan selama 10 tahun untuk tapak kilang sarung tangan berkeluasan 0.9 hektar di Beranang, Selangor.

Ia adalah sebagai persiapan anak syarikat Inix Technologies Holdings Berhad (Inix)  itu memasuki pasaran pembuatan sarung tangan.

Pengarah Eksekutifnya, K. Siva Kumar berkata,  syarikatnya juga telah menandatangani perjanjian bagi mendapatkan kepentingan dalam sebuah syarikat pengeluar sarung tangan awal bulan lalu.

“Dengan sokongan penuh daripada lembaga pengarah, iNix telah menandatangani memorandum persefahaman (MOA) dan telah membayar deposit 45 peratus untuk mendapatkan kepentingan dalam L&S Gloves Sdn. Bhd. (L&S Glove).

“Perjanjian definitif untuk pemerolehan itu kini di tahap maju dan menanti pemuktamadan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ketika ini, L&S Glove mempunyai dua barisan pengeluaran dan menurut Pengarahnya, Teo Yoek Leong, dengan perjanjian pajakan tersebut, kedua-dua syarikat tersebut mampu menambah dua lagi barisan pengeluaran pada bulan hadapan.

Oleh itu, iNix akan menambah dua barisan pengeluaran dalam setiap tiga bulan sehingga mencapai jumlah 14 barisan pengeluaran.

“Pengeluaran sarung tangan harian L&S Glove telah mencapai had lebih awal dan penghantaran kepada pelanggan dilakukan pada setiap hari.

“L&S Glove mempunyai tempahan yang mencukupi untuk bertahan sehingga dua tahun untuk 14 barisan pengeluaran yang dirancang yang akan mempunyai kapasiti pengeluaran lebih 110 juta keping sarung tangan lateks sebulan,” kata Yoek Leong.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya