Inix daftar NPRA edar vaksin - Utusan Malaysia

Inix daftar NPRA edar vaksin

Inix akan dapat mengimport dan membekalkan vaksin kepada Kementerian Kesihatan untuk melakukan percubaan klinikal fasa ketiga ditaja sepenuhnya syarikat itu sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Inix Technologies Holdings Bhd. (Inix) iaitu Inix Network Sdn. Bhd. (Inix Network) telah mendaftar permohonan dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) susulan pemeteraian bagi mendapatkan vaksin Covid-19 dari China.

Inix dalam satu kenyataan berkata, syarikat tersebut telah memeterai perjanjian memperoleh vaksin daripada tiga syarikat China iaitu Sinovac Biotech Co. Ltd., Cansino Biologics Inc dan Sinopharm China National Biotech Group Co Ltd (CNBG).

Katanya, pendaftaran dengan NPRA penting bagi pengedaran vaksin di Malaysia.

“Kerajaan perlu memastikan hanya vaksin yang memenuhi syarat Kementerian Kesihatan akan didaftarkan dan digunakan oleh rakyat Malaysia.

“Proses penilaian ini dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Produk NPRA dan pihak berkuasa kawalan ubat untuk kelulusan sebelum vaksin Covid-19 dapat digunakan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Inix, sebaik sahaja syarikat tersebut memperoleh persetujuan Kementerian Kesihatan, Inix akan dapat mengimport dan membekalkannya kepada Kementerian Kesihatan.

Inix memberitahu, ia adalah untuk melakukan percubaan klinikal fasa ketiga di mana ditaja sepenuhnya syarikat itu sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat.

“Percubaan klinikal pertama di Malaysia ini dijangka melibatkan kira-kira 3,000 sukarelawan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya