IMF: Ekonomi global diunjur naik - Utusan Malaysia

IMF: Ekonomi global diunjur naik

Pengurangan kes Covid-19 dijangka membantu pemulihan pertumbuhan ekonomi global pada tahun ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi global pada 2021 apabila kemerosotan akibat Covid-19 tahun lalu akan menjadi kurang teruk daripada dijangkakan.

Pemberi pinjaman global itu turut mengunjurkan kelulusan beberapa vaksin dan permulaan program vaksinasi di beberapa negara telah meningkatkan harapan pengakhiran pandemik yang kini telah menjangkiti hampir 100 juta orang dan meragut lebih 2.1 juta nyawa di suruh dunia.

IMF bagaimanapun memberi amaran bahawa ekonomi dunia terus menghadapi ketidakpastian luar biasa dan gelombang baharu jangkitan serta va­rian Covid-19 telah menimbulkan risiko dengan aktiviti global akan kekal berada di bawah unjuran sebelum Covid-19 tahun lalu.

Ketua Ekonomi IMF, Gita Gopinath berkata, janji Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden untuk membiayai inisiatif vaksin COVAX Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menandakan langkah besar membendung pandemik dan memastikan pengedaran vaksin yang lebih adil.

“Banyak lagi yang diperlukan kerana seperti yang kita lihat mengambil kira mutasi virus bahawa ia bukan masalah yang akan hilang dalam waktu terdekat.

“Masih ada banyak ketidakpastian. Kami tahu krisis kesihatan tidak berakhir di mana-mana,” katanya kepada Reuters.

Gopinath berkata, ekonomi global mampu memperoleh sehingga AS$9 trilion (RM36.40 trilion) sekiranya pemulihan pantas dapat dicapai dalam meng­akhiri krisis kesihatan dengan ia me­rupakan hasrat ekonomi maju membantu negara-negara yang ketinggalan untuk pulih.

Beliau berkata, ekonomi maju pulih dengan lebih cepat dan mendesak negara-negara tersebut memberikan bantuan kepada negara miskin menerusi pinjaman dengan kadar faedah rendah dan pelepasan hutang.

“Masih banyak yang perlu dilakukan tetapi sekurang-kurangnya kita berada dalam suasana pertumbuhan positif tahun ini berbanding tahun lalu,” katanya.

IMF menganggarkan hampir 90 juta orang mungkin jatuh ke bawah ambang kemiskinan melampau antara 2020 hingga tahun ini dengan pandemik itu telah ‘menghilangkan’ kira-kira AS$22 trilion (RM89 trilion) hasil yang diunjurkan hingga 2025.

Ia juga menyebabkan kemajuan yang dicapai dalam me­ngurangkan kemiskinan selama dua dekad terakhir terganggu seketika. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya