Honda terus terajui pasaran - Utusan Malaysia

Honda terus terajui pasaran

HONDA City
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia mengekalkan penguasaan sebagai jenama kenderaan nombor satu bagi segmen bukan nasional buat kali keenam berturut-turut selepas memperoleh 60,469 unit tahun lalu. 

Pencapaian itu sebahagian besarnya disumbangkan oleh jenama paling popularnya iaitu City yang merangkumi 34 peratus daripada jumlah keseluruhan. 

Ia disusuli model Civic dan HR-V yang masing-masing menyumbang 20 dan 17 peratus daripada jualan keseluruhan tahun 2020. 

Menurut Honda Malaysia, City baharu mencatatkan jualan bulanan tertinggi dalam sejarah dengan lebih 5,500 unit dijual pada bulan Disember 2020 sekali gus meneruskan respons positif daripada pasaran apabila memperoleh 15,200 tempahan setakat ini. 

Honda Malaysia berkata, angka tersebut menunjukkan tempahan paling tinggi bagi model baharu dilancarkan bagi syarikat itu dalam separuh kedua 2020. 

“Honda Malaysia telah menghantar hampir 10,800 unit City baharu kepada pelanggan seluruh negara antara bulan Oktober hingga Disember. 

“City generasi kelima baharu ini bakal meningkatkan penguasaan dalam segmennya dengan pakej keseluruhan menarik melangkaui segmen-B kerana dilengkapi teknologi maju, prestasi terbaik dan reka bentuk menarik,” katanya dalam kenyataan. 

Varian V City baharu menjadi varian paling popular merangkumi 52 peratus daripada jualan keseluruhan dengan permintaan tertinggi hadir dari wilayah Tengah Semenanjung Malaysia menyumbang 48 peratus jualan. 

Ia diikuti wilayah Selatan sebanyak 19 peratus dan Utara berjumlah 18 peratus dengan warna Platinum White Pearl menjadi pilihan paling tinggi pelanggan iaitu 26 peratus jualan keseluruhan. 

Dalam pada itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, membuktikan kedudukan sebagai model paling popular bagi segmen-B bukan nasional dalam kalangan rakyat yang mahukan ciri paling maju pada pakej harga menarik. 

“Sejak mula diperkenalkan, City tidak pernah gagal menarik perhatian rakyat Malaysia dan rekod jualan yang dicapai ini membuktikan ia masih lagi disukai ramai,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya